Pemasa kira kebawah (Countdown Timer)

Qur'an Daily

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Baqarah: 159-160)

Hadith Daily

Narrated 'Abdullah bin Abbas :

Al-Fadl (his brother) was riding behind Allah's Apostle and a woman from the tribe of Khath'am came and Al-Fadl started looking at her and she started looking at him. The Prophet turned Al-Fadl's face to the other side. The woman said, "O Allah's Apostle! The obligation of Hajj enjoined by Allah on His devotees has become due on my father and he is old and weak, and he cannot sit firm on the Mount; may I perform Hajj on his behalf?" The Prophet replied, "Yes, you may." That happened during the Hajj-al-Wida (of the Prophet ).

Bukhari :: Book 2 :: Volume 26 :: Hadith 589

Sunday, June 28, 2009

Kisah Siang + Malam 27 JUN 2009

27 Jun- Hari yang mesti diingat sampai bila-bila. Bukan sebab satu perkara je yang berlaku dalam hidupku, tapi banyak perkara. Oleh sebab terlalu banyak yang nak diceritakan, maka aku bahagikan kepada dua bahagian iaitu kisah siang dan kisah malam.

Kisah siang - ‘Long-lost friend, friends again’


Aku bertemu sahabat lama yang sangat lama tak diketemui, Izzul Syazani. Bayangkan, kali terakhir berjumpa selepas UPSR iaitu pada tahun 2000. Kemudian, tahun ini iaitu tahun 2009 baru ketemu semula. 9 tahun lamanya tu. Sangat lama tau. First aku jumpe die, bukan di dunia nyata tetapi di dunia maya: Facebook atau Kitabul Wajhah.dia add aku atau aku add dia, aku pun tak tak ingat. Tapi ianya pada 26 Jun la. Masa itu aku tengah kerja. Aku baru berazam tak nak main saja, nak buat kerja la kononnya. Sekali datang mamat ni, habis plan aku. Hahaha~

Pada hari itu, kitorang (dan kawan2 sekolah rendah yang lain) menggila facebook. Kerja tak jalan, hancus. FB memanjang, sampai la ke petang, waktu check-out office. Si Jiemot kata nak wat reunion hari sabtu (27 Jun) pastu cancel pula. Aisey…huh, takpelah. So, masa FB tu aku pao la nombor hp kawan2 ni. Malam tu, aku msj2 la dengan Izzul (ade la jugak si jiemot tapi sikit je.) Huhu~

Hari sabtu itu, tibe-tibe Izzul ajak maen baoling kat alamanda, despite of his unstable health condition (Cough! Cough!). Hmm…ok jugak, sebab aku nak jumpe sangat dia ni. We were once best friend kat sekolah. Tapi memori2 lama tu aku tal dapat nak recall balik. Sakit kepala aku mengorek kotak memori dalam otakku. Huh.Pastu kitorang confirm la nak gi kul 3pm. (Jiemot nak ikut tapi aku x bagi. Demi keselamatan dan kehormatan die jugak. Nanti la kite wat reunion ramai2 k. huhu~) Ok, kul 3pm. Pagi tu aku follow ibuku gi sain report card adik2 aku kat sekolah. Precinct 14 (xnak citer result. =p). Aku pun siap2 la pagi tu, pakai baju lawa2. Gi sekolah la katakan, mesti banyak budak2. ^ ^

Mase sampai sekolah tu, aku pun follow la mak aku jalan ke kelas adik aku dengan gaya yang macho (perlu ke gaya macho? Huh~). Mase jalan melewati kelas2 orang kat situ, ade la jugak budak2 dan ibubapa yang pandang slack kat aku. Ye la, gaya pakaian dan rambut serupa orang delinquent, memang la orang usya pelik. Duh tul sape yang wat kejadah ni. Pastu naik tangga nak gi kelas tu, sampai je kat tingkat berkenaan, jumpe sepupu aku menyengal kat situ. Tapi ade orang kat belakang die yang agak aneh2 je dilihat. Aku jalan je la, lama2 aku tao sape orang tu. Rupanya Izzul la! Dah ditakdirkan Allah nak kasi aku jumpe die lebih awal dari yang sepatutnya. Terima je lah. Alhamdulillah. Rupenye die tunggu mak die amek report card gak. Kitorang pun borak2 la kan. Rasa amat janggal sebab aku memang camni, jumpe orang yang aku lama tak jumpe, maka akan rasa aneh la. Huhu~That’s me!

Kul 3pm jalan2 la kami kat alamanda. Tak jadi maen baoling sebab ade tournament yang macam tak berpenamat, semua tak nak ngaku kalah. Maka kami makan mcD, dan jalan2 pusing2 sambil borak2. Maka terbongkar la semua yang patut dibongkar. Hahaha~

Aku sangat eager nak jumpa dia sebab aku ni suka perhati manusia (sebab aku minat antropologi). Aku nak tengok la ape beza die dulu dan sekarang. Ape yang aku leh cakap, die tak banayk berubah la, more or less the same:

• Hidung die mancung macam dulu lagi. Hahaha~

• Dulu die pakai spectacles, sekarang kata dia, dia pakai waktu nak membaca je. So factor ni agak buat rasa pelik la.

• Rambut die….hmm..macam dulu jugak kot (dulu suke pakai songkok so dah tak ingat sangat. Tapi rambut die lurus dan lebat! Very very impressed! (Boleh dididik untuk menjadi seorang model! LMFAO)

• Setiap pertuturannya itu penuh dengan isi, die tak cakap kosong atau rapu macam aku. Juga penuh dengan istilah-istilah jarang dengar. There were a lot of English word traces in his words. Macam power speaking je die ni.

• Satu perkara yang aku kelakakan: masa die tulis nama die kat waiting list baoling, aku perasan tulisan die langsung tak berubah! Bile tengok tu, rasa familiar je, rasa biasa tengok je. Perkara ini aku leh takrifkan sebagai satu perasaan yang aku pernah alami, tetapi sudah hilang buat sekian lamanya, sekarang muncul kembali. Ibarat pepatah melayu, telefon pulang ke gagang.

• Bile aku citer kat die yang aku sedang baca buku pasal ya'juj dan ma'juj, tibe2 die cakap yang dulu aku penah bagi die pinjam buku brkenaan ya'juj dan ma'juj jugak, dulu2 zaman skola la. yg menganehkan disini, prkara ini mnunjukkan yg aku ni dh minat dlm pengkajian sejarah zaman semit sejak kecik lagi la! hua~tak pernah trpikir lak kan~ yela, kalu dah dipanggil BAKAT, dari kecik boleh dinampak, btol x? macam siti nurhaliza, dari kecik die pandai nyanyi, sampai besa suara masih sedap lagi. aku pun pandai jugak nyanyi tapi tak nak mention la kat sini. hahaha~

• Lagi satu, bile ada sesuatu yang die tak tahu, die straight je cakap die tak tahu. Rendah diri je nampak. Terkejut aku bila die bertanya macam tu, rasa macam aku ni penting je. Haha~

• Ha lagi satu yang pelik, die suke sangat sebut nama aku full2. Rasa janggal, sebab selalu orang panggil lan, ian, hensem, macho dsb (= p) tapi die cakap nama penuh. Janggal, janggal…tapi janggal yang best lah. Haha~

Selain itu, aku juga dapat spot beberapa persamaan yang mengujakan amat, juga kontra la. Persamaan:

• Kami suka band Couple!!! Aku sangat tergezut bila dapat tau yang die juga minat band indie Malaysia iaitu Couple. Sebab dikalangan kawan-kawan aku, yang aku tahu, aku sorang je minat Couple. Bagi aku, peminat Couple ni susah nak cari. Bukan saja kipas susah mati, tapi juga kipas susah cari! Tapi kipas ni rupenya die! Huhu~sangat heppy~ satu lagu band Couple yang leh describe us ialah Hey Now! Manakala lagu yang menerangkan tentang diri aku yang aku baru sedari ialah Diri Kau…



• Masa makan kat mcD tu (aku tak makan sebab baru lepas makan nasi 2 pinggan), sebelum die menikmati Big Mac© die, die ambik gamba Big Mac© die. Aku tergezut! Tapi aku buat biasa seraya bertanya “kenapa kau ambik gamba Big Mac©?” aku ni sebenarnya suka sangat ambik gamba makanan (tengok saja blogku, sarat dengan foto makanan) tapi sengaja aku tanya die sebab aku nak dengar jawapan die. Die jawab “sebab aku suka ambik gamba makanan” dan kemudian die menjelaskan sepanjang-panjangnya macam nak buat tesis. Tapi jawapan die yang pendek itu sudah cukup buat aku tersenyum: mamat ni ade hobi aneh! Aneh tapi sejibik dengan hobi kegemaran aku! ^^



• Masa jalan2, die tanya aku suke baca novel ape. Aku jawab fantasi. Harry Potter. LOTR. Rupenye die pun suke. Eventhough perkara ini common dalam kebanyakan orang (sebab pengaruhnya seluruh dunia) but there is something special about it. Hmmm… <,<



• Kami juga suka melawat kedai buku seperti MPH tu. We are truly knowledge lovers~


• Pengguna Celcom Broadband Prepaid yang selalu top-up untuk maen internet seminggu RM20. Hahaha~


• When we talk about night outing, die berpendirian tak suke keluar malam. Wah~ same lagi. Aku tak berapa selesa la nak keluar malam-malam, sorang2 atau dengan kawan ke. Kalau dengan family, tak rasa sangat.
Die pun same. ^ ^

• Isu dah kapel ke lom: aku tanye die soklan2 yang mengunjur kepada persoalan ini. Jawapan die, die tak mempunyai niat nak ‘ade’ lagi. Same la, aku nak konsentrate study dulu. Bertambah ahli kelab single aku. Presidennye skang study kat india. {Radzi Hamzah}

• Kelihatannya die suka bercakap isu academia atau future prospect lah, nak jadi ape, et cetera. Bagus la budak ni! Hiu2~

• Dia kata, kalu jalan-jalan waktu siang, dia tak suka balik lewat. Kul 5 camtu die dah nak balik. Same la dengan aku, balik sebelum waktu puncak. Tak caya, cube tanye kawan-kawan yang aku pernah keluar jalan dengan. Aku salu nak balik awal.

• Masa sebelum jumpe tu, aku berfikir: antara aku dengan dia, sape lagi tinggi? Masa dulu-dulu, die lagi tinggi dari aku. Aku pendek je. Huhu~ masa jumpe tu aku mendapati tinggi kami lebih kurang je skang! Wahaha~

• Dalam bidang muzik, aku mengatakan aku minat alat muzik dram. Die pun sama~ Wakaka this is so damn funny~


Now kite usya ape kontra kitorang plak eh:

• Die peminat Liverpool FC (Boo~!) Chelsea dengan Liverpool tak kawan,ok~ hehe =p


• Die suke adventur, panjat2 gunung, stuff like that. Aku? Sori la, lain tahun la ajak. Haha~ (bukan aku tak suka, aku rasa ianya best, sounds sangat fun. Tapi it is something yang belum aku nak buat kot.huhu~)


• Die sangat talkative, I can see that. In the contrary, aku ni pendiam. Tak pandai nak borak2. Die ade mention, kata aku ni dah tak talkative macam dulu. Aku terkejut, dulu aku talkative ke? Hmm, maybe sebab zaman sekola menenga dulu yang buat aku jadi pendiam kot. Wallahua’lam.

• He has lotsa idea. I mean A LOT. He can talk almost anything. Me on the other hand, hanya mendengar dan mengangguk saja. Huu~ <.< ;;

• Die tahu apa yang die cakap. Nampak yakin dan bersemangat. Maybe die join debate club kot. Haha~ we’ll see what he’ll say about this.

• Hmm…my assumption is, maybe la, die tak minat fesyen kot.huhu~sorry kalu salah. Aku ni gile shopping and fashion. Tengok saja kisah malam. Tahu lah korang. X D


• Aku kuat makan tapi die tak kuat makan. Makan Big Mac© pun die cakap dah kenyang. Aiyo~ mana cukup maa…satu Big Mac© saje. But who cares~

Well, same ke tak same, it doesn’t matter. It’s a gift from God. I will just accept it, seadanya. Maybe Allah nak ajar aku benda2 yang aku tak belajar lagi tentang dunia ini. I can feel it, I think…huhu~

Sebagai penutup, diulangi semula intisari penting (ingat radio ke?) Haha~ok fokus2. Die ni seseorang yang aku tak nak kehilangan lagi lepas ni. Ini lah first time aku rasa sure terhadap diri sendiri (even mase shopping pun aku salu tak dapat confirm nak beli which one). Wah, boleh lah jadi core idea untuk aku karang novel. Hahaha~. Sudah lah, dah panjang sangat ni. Akhir kata, semoga takde sesiapa yang ambik hati dengan ape yang aku ngarut ni. Kalu ade sesiapa yang ambik hati, tolong pulangkan baliklah, sebab hati tu aku punye. Hahaha~ ok let’s go to the night story!




Kisah Malam – TOFFING! (sepupu aku cakap Shopping jadi camnila! Haha~)

Petang tu, tibe2 ayah call nak gi KLCC! Yay~ katanya nak beli barang aku b4 balik UTM karang. Aku tak terpikir nak beli ape lagi, tapi pegi ajela…nah gamba KLCC!



Mule2 gi Isetan pastu gi Parkson pastu gi Topman. Huh~penat2 (aku citer simple2 je la yeh. Dah ngantuk nak menaip. Haha~) beli la seluar utk gi kelas satu, baju fit satu (saje2 beli) pastu unbelieveably, undies 4 (uh! Malu nak tulis! Tapi ade less baek punya so beli la. Bukan salu. Huhu~ {tapi sebenarnya selalu! Lalala~) dan dapat jugak seluar raya yang dibeli advance. Adik aku bengang je, puase belum, dah sebok nak raya. Huhu~ nah gambar~


[kalu melayu nampak aku pakai bau jepun ni, maot le ak. huhu~]


[poyo!]


[lagi poyo!]

Terpikir jugak, berapa semua yang dibelanjai malam ni. Kira punya kira punya kira, jumlahnya RM4xx! (tak nak bagitau nilai sebenar, dan tak nak pecahkan kepada nilai setiap satu! Malu! Hahahahaha~)
Beginilah gilanya aku. Sorilah kepada sesiapa yang culture shock, tak berniat nak kejutkan kalian.no wonder la aku ni pelik. Huhu~ tapi ade je orang yang nak kawan dengan aku walaupun aku pelik. Sebab tu kalian baca cerita ni. Haha~ thanx sebab berkawan dengan aku yang pelik ni~ huhu~ see you next post ya!
Jis~

P/S: Masa shopping kat Topman tu, aku mendaftar diri untuk dapat kad member club die! Shopping kat any Topman, Topshop, Miss Selfridge and Dorothy Perkins di seluruh Malaysia akan layak dapat additional 10% diskaun! Suka tak kalian? Nak join venture gi shopping murah2? Bole saje! Just tell me ok~ ♥
^^

5 comments:

coffeeaddict said...

TOPMAN????? peh, gler best dow. byk duit ko.belanje aku wei~~

Iz Sazali 이재인 said...

hahaha~ brand rasmi raya tahun ni je. tahun dpn xtao la die nk 'sponsor' ke x. hehehe~

nak beli la. huhu~ blnje xleh, kasi diskaon sikit, aku boleh. dgn kad member fashion fst fwd ni, kini aku leh brkata kun fayakun tp versi laen skit:

"murah, maka murahlah!"

ahhahaah~

adinda anna liyana said...

hey, im knowledge lover too..
jrg guys minat nk g book shop...
bleh ar join korang nnt..hehe..
gile semak..;P

adinda anna liyana said...

bleh x nk knl gn kwn u tu..
cm byk persamaan lah..haha..
hey, da way u cerita kn..u guys sounds sooooo gay ok..haha..
sorry dude..;p JK.

u ni fan chelshit ke? oops! sorry..
chelc is my BIGGEST enemy..cuz sy kipas ssh mati man u..regardless wut happen in previous season..dun wanna talk bout football..sj je nk nganjing..=P

u duk mn ek? cm salu g alamanda je.
I duk kt area2 situ gak.i duk serdang la tp..ngeh2..=)

Iz Sazali 이재인 said...

anna, god i forgot to check on the comments lol...


haha, alamak kitorg jrg jumpe a, masing2 bz...hehe

oh kamu pasukan malAON tu ke? hak2, u can kiss premier league cup goodbye for the second time lmfao!

aku dok bangi a, so alamanda tu cm klangkang kera je ahahahahaha...serdang kt ne eh? specifik skit huhu..