Pemasa kira kebawah (Countdown Timer)

Qur'an Daily

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Baqarah: 159-160)

Hadith Daily

Narrated 'Abdullah bin Abbas :

Al-Fadl (his brother) was riding behind Allah's Apostle and a woman from the tribe of Khath'am came and Al-Fadl started looking at her and she started looking at him. The Prophet turned Al-Fadl's face to the other side. The woman said, "O Allah's Apostle! The obligation of Hajj enjoined by Allah on His devotees has become due on my father and he is old and weak, and he cannot sit firm on the Mount; may I perform Hajj on his behalf?" The Prophet replied, "Yes, you may." That happened during the Hajj-al-Wida (of the Prophet ).

Bukhari :: Book 2 :: Volume 26 :: Hadith 589

Saturday, February 27, 2010

Resipi membuat Kimchi: Korean Tradition. Malaysian style...

HUH, lame dah tak update blog ni..dah 3 bulan jugak ah...maka atas permintaan ramai khususnya peminat saya (thanks so much xoxo!), saya hantar satu blog khusus untuku semua yang gemarkan apa-apa saja mengenai korea, iaitu resipi membuat kimchi! Ya, sayur yang kelihatan lazat jika anda rajin menonton drama/filem korea! hihi~

KIMCHI Malaysian style



PROCESS 1: PEMERAMAN

Napa cabbage (Kobis cina)
sea salt (Garam laut, tapi garam iodinized pun xkesah)
large bowl (kalau kobis cina yang digunakan tu besa, maka mangkuk mestilah SANGAT besar k)
dinner plate
weigh-er (can, brick, anything heavy)

Penyediaan:
1.Napa cabbage kasi potong large bite-size.
2.letak satu layer napa cabbage dalam large bowl. tabur garam sikit.
3.buat layer napa cabbage dan garam lagi. ulang ulang ulang.
4.Now, untuk langkah seterusnya saya cadangkan tiga jenis method (pilih 1 saja):

->Method 1: Rendam
1.taruk air dalam bowl tu, biar semua sayur tenggelam.
2.guna dinner plate buat tutup large bowl. pastikan napa cabbage tu mampat.
3.guna weigh-er untuk compress napa cabbage tadi itu.
4.letak dalam peti sejuk barang 3-4jam.
(Tempoh masa: 3-4 jam)

->Method 2: Biarkan saja
1.guna dinner plate buat tutup large bowl. pastikan napa cabbage tu mampat.
2.guna weigh-er untuk compress napa cabbage tadi itu.
3.letak dalam peti sejuk semalaman.
(Tempoh masa: 12 jam)

->Method 3: Kukus
1.Gaulkan kobis tadi tu, dan masukkan dalam pengukus. Stay barang 4-5 minit, pastu keluarkan dari pengukus dan taruk tepi.
(Tempoh masa: 5 minit!)

Nota penulis: bagi saya, lebih molek bagi kita orang melayu buat method ketiga itu kerana selaras dengan etika memasak orang melayu serta rasa sesuai di tekak. Walaubagaimanapun, jika anda ingin merasakan kimchi korea yang autentik, maka method 1 atau 2 sudah memadai.



PROCESS 2: Pemasakan

1 sudu meja (sudu besar) bawang putih dicincang hancur luluh.
1 sudu meja (sudu besar) halia muda dicincang hancur luluh.
beberapa rumpun daun bawang, dipotong jadi bulat-bulat.
3-4 biji cili merah, dipotong halus (ikut suka nak banyak mana).
Helaian halus lobak (jika suka).
Serbuk cili (letak biar ber-agak, test taruk sikit. nak pedas, taruk lebih. nak kurang pedas, taruk sikit).
1.5 hingga 2 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Perasa tambahan secukup rasa


1.Hasil PROCESS 1 dibuang air yang bertakung di dalam mangkuk dulu.
2.Kobis itu dibasuh dengan air sejuk yang mengalir.
3.Tapis dan shake2 sikit kasi air jatuh.
4.masukkan kobis dalam mangkuk tadi.
5.masukkan bawang putih, halia, daun bawang, cili merah, serbuk cili, lobak.
6.jangan lupa masukkan sugar dan ajinomoto tapi jangan banyak sangat. agak-agak la.
7.Gaulkan semua itu biar sebati. (Try la sikit samada cukup pedas x, kurang pedas ke. then tambah la apa-apa yang patut. Sedap? Maka terus ke langkah seterusnya).
8.sekarang, masukkan hasil gaulan tadi dalam bekas kaca yang disteril.
9.berikan tekanan yang maksimum semasa memampat kimchi dalam jar itu.
10.biarkan ada sekurangnya 2 inci ruang dari mulut jar.
11.tuangkan air gaulan yang lebih itu dalam jar.
12.tutup dan simpanlah dalam peti sejuk (tak digalakkan simpan lama)


LANGKAH BERJAGA-JAGA:

Bagi process 2 langkah 7, pakailah sarung tangan plastik. nanti tangan anda pedas.

Process 2 langkah 12, takut simpan lama kerana makanan ini belum diuji oleh JAKIM lagi akan ketahanan lamanya.


PROCESS 3: Aplikasi

Hasil kimchi boleh dibuat:
1.sayur makan begitu sahaja atau dengan nasi panas-panas.
2.nak kasi ada perasaan melayu, goreng sahaja dengan minyak. macam biasa.
3.buat sup. reneh dengan air, tambah perisa sedikit ke. pastu makan dengan mee.wow!
4.karipap inti kimchi.
5.pau inti kimchi.
6.sandwich kimchi pun boleh juga.

LANGKAH BERJAGA-JAGA:

semasa mengambil kimchi dari jar, guna alatan (sudu etc) yang bersih. ini bagi memastikan ketahanan lamanya. boleh tahan sehingga sebulan lamanya.


Penulis disini memberi amaran keras kepada pembaca, berhati-hatilah semasa memasak. nanti terpotong jari, susah juga. Jangan la bubuh benda pelik-pelik, you are what you eat. Penulis merasakan, lebih baik kita masaka kimchi tu macam biasa, dengan api, etc. Dengan ini, kita tidaklah berasa was-was sangat. Ok? Selamat mencuba!

P/s: mari join group facebook saya, special untuk peminat anything korea!

http://www.facebook.com/group.php?gid=324428542889