Pemasa kira kebawah (Countdown Timer)

Qur'an Daily

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Baqarah: 159-160)

Hadith Daily

Narrated 'Abdullah bin Abbas :

Al-Fadl (his brother) was riding behind Allah's Apostle and a woman from the tribe of Khath'am came and Al-Fadl started looking at her and she started looking at him. The Prophet turned Al-Fadl's face to the other side. The woman said, "O Allah's Apostle! The obligation of Hajj enjoined by Allah on His devotees has become due on my father and he is old and weak, and he cannot sit firm on the Mount; may I perform Hajj on his behalf?" The Prophet replied, "Yes, you may." That happened during the Hajj-al-Wida (of the Prophet ).

Bukhari :: Book 2 :: Volume 26 :: Hadith 589

Sunday, October 10, 2010

CHARLIE ST. CLOUD MOVIE REVIEW!



Haha…tanggal 05 Oktober 2010 (Selasa) aku gi tengok movie ‘Charlie St. Cloud’ kat GSC Alamanda atas jemputan Musz Holmes yang baru balik interview. Maka tengahari tu jugak gi mandi siap-siap cepat-cepat terus gerak gi Alamanda. Since hari tu hari biasa maka tak ramai orang, sedap ah. Aku malas betul kalu gi tempat crowded-crowded nih, melainkan terpaksa kerana darurat. Pastu dapat tiket harga student walaupun dah graduate dah. Ada guna jugak kad matrik lama ni. Huhu.



Movie ni asalnya adaptasi dari novel yang laris tulisan Ben Sherwood bertajuk ‘The Death and Life of Charlie St. Cloud’. Bila aku tengok tajuk novel ni, baru la jelas di fikiran aku overall kisah mamat Charlie St. Cloud ni. Usually orang hidup lalu mati, tapi citer ni menampilkan konsep yang berbeza: iaitu kisah Charlie mati dan hidup semula serta berusaha mengubati diri dia dari penyesalan yang telah lalu. Charlie ni bukannya wali angin (Saint Cloud) tapi itu memang surname dia. Citer fiksyen kan, so biasa la die suke reka-reka nama.

Ok mari la aku kasi sinopsis citer ni skit. Citer ni bermula dengan kehebatan Charlie (Zac Efron yang versatile) berlumba kapal layar berganding dengan adik dia Sam (Charlie Tahan budak yang comel) dalam perlumbaan kapal layar semasa Charlie sekolah tinggi (Sam tu budak lagi). Charlie ni digambarkan sangat superb dalam bab-bab belayar ni, pastu menang dengan bergayanya. Tess Carol (Amanda Crew yang hawt) dapat no.2 je. Berkat bakat besar Charlie ni, dia dapat biasiswa sukan kat Stanford University. Dia cam sedih gak a terpaksa tinggalkan Quincy Harbor (kampong dia kat Northwest) terutama Sam dan mak dia Claire St. Cloud (Ray Liotta). Dia janji dia akan jaga Sam baik-baik, dan janji akan main besbol sama-sama kat hutan dikala matahari terbenam. Pastu one day, Charlie nak lari dari babysit Sam untuk ke party muda-mudi dengan member-member dia, biasa la nak blah high school kan. Sam ni perangai cam siot skit, die tau Charlie nak lari die pun tak nak dok rumah gak, die nak gi rumah member die tengok baseball match (FYI diorang fan Boston Red Sox. Agak aneh a orang Northwest sokong Boston yang kat Northeast. Sebabnya last diorang tahu kat mana bapak diorang ialah dia main untuk Boston Red Sox).

So Charlie pun terpaksa ar antakan Sam. On the way tu, diorang main pukul-pukul dalam keter (biasa ar gurau-gurau) and then tak semena-mena keter diorang kena langgar lori kontena ke arah Sam (start dari ni hati dah runtun dah). Ditakdirkan Tuhan, Charlie survived tapi Sam kiok. Charlie cam nyesal ar tak dapat selamatkan Sam. Pada hari pengebumian Sam (time tu nak maghrib), dia teringat janji dia nak main besbol tu. So dia lari dari majlis tu (talkin tak abes baca lagi) ke hutan. Dia tengok, roh Sam ada kat situ marah die datang lambat (meremang bulu roma). Menangis a Charlie tengok Sam ada kat situ. So diorang keep the promise. Charlie tak gi Stanford dan keje penggali kubur sejak itu. (sebenarnya Charlie ni cam dikurniakan ability leh tengok orang mati).

Dan kat kubur tu jugak, dia bertemu balik dengan Tess yang cun gile babeh tu. Rupanya Tess dah jadi pelayar yang hebat. Ada kapal layar sendiri, sponsor, macam-macam a. start tu dia start minat belayar balik. Dia kawan balik dengan Tess. Klimaks citer ni ialah bila dia spend banyak masa dengan Tess, sampai dia hampir lupa janji dengan Sam. Pastu dia sedar bahawa Tess yang dia bermain-main dengan tu, adalah roh Tess je. Didapati Tess tak pernah balik dari belayar, dia masuk dalam ribut. Maka Charlie guna instinct dia mencari Tess. Sampai satu time tu die kat tengah laut pastu die teringat ada janji dengan Sam. Time ni dia terpaksa buat pilihan yang paling sukar dalam hidup dia: Terus hidup dalam mimpi atau kembali ke dunia reality. Maka dia pilih untuk terus mencari Tess. Sam dah lama tunggu pastu dia pun blah ah, dia pun terima hakikat dan ikut ke arah cahaya (go into the light).

Pastu Sam tolong tunjukkan arah kat mana Tess berada dengan menggunakan meteor. Maka Charlie pun cari ar kat area berkenaan. Ternyata ada Tess, yang tengah nyawa-nyawa ikan tetapi berjaya diselamatkan. Setelah Tess pulih tu, dia tak ingat langsung saat-saat bahagia yang diluangkannya bersama Charlie, seakan roh dia yang lepak dengan Charlie tu tapi dia tak ingat pape a. Lastnya diorang belayar sama-sama. Oh so sweet~ hihi

Overall, citer ni style a. Aku bagi CGPA 3.25 out of 4. Huhu. Bagi aku perspektif citer ni berbeza skit dari citer-citer lain. Ia mengajar kita bahawa haruslah berpijak di bumi yang nyata, terima kenyataan dan redha atas ketentuan takdir. Selain itu dia ajar tema kasih sayang family and brotherhood dan berusaha sungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Surprisingly, ada yang kritik jalan citer Charlie St. Cloud ni predictable and bla bla bla but I don’t give a damn about it. Maybe orang yang kritik tu memang hebat sangat a kan. As a normal person, bagi aku penceritaannya best a. Tambah lak dengan bakat muda Zac Efron yang versatile dicampur dengan Amanda Crew yang hawt, ibarat makan nasi lemak lauk sambal sotong dan ayam goreng (you decide which would be Zac and Amanda haha I would say that the ayam goreng is Amanda lol). Diorang ni star yang muncul muda lagi dan agak sebaya dengan aku, so aku akan terus perhatikan perkembangan diorang sebagai anak seni. Macam mak bapak kita yang minat Elvis Presley etc, star zaman dia. Zac and Amanda ni star zaman kita la (Propaganda barat untuk terus buat aku lalai oh yeah!) Haha.

Citer ni sebenarnya dah premiered kat Regency Village Theater kat Westwood, California pada 20 Julai 2010 lagi (Summer showing). Oktober baru kuar kat Malaysia (Autumn). Aih, lambatnya. Tapi whatever a. Bile aku download citer ni, aku akan diabadikannya dalam stok movie aku dalam kategori ‘Phixi + Phantashii’ (bagi sapa yang penah godek external hard-disk aku, tau la haha). Hah, tu je lah. Aku harap korang try tengok ah dulu, pastu leh komen skit kat aku ke. Aku tak dak hal kalu korang nak bantai aku balik, bantai a. tak kesah pun. Huhu. Bagi yang terlepas tayangan Malaysia (atau yang memang malas nak bayar RM6 dan nak download je), release DVD dan BluRay movie ni adalah pada 9 November. So leh start cari torrent after tarikh tu ye. Haha. Baiklah ciao~