Pemasa kira kebawah (Countdown Timer)

Qur'an Daily

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Baqarah: 159-160)

Hadith Daily

Narrated 'Abdullah bin Abbas :

Al-Fadl (his brother) was riding behind Allah's Apostle and a woman from the tribe of Khath'am came and Al-Fadl started looking at her and she started looking at him. The Prophet turned Al-Fadl's face to the other side. The woman said, "O Allah's Apostle! The obligation of Hajj enjoined by Allah on His devotees has become due on my father and he is old and weak, and he cannot sit firm on the Mount; may I perform Hajj on his behalf?" The Prophet replied, "Yes, you may." That happened during the Hajj-al-Wida (of the Prophet ).

Bukhari :: Book 2 :: Volume 26 :: Hadith 589

Friday, December 17, 2010

TRON: LEGACY MOVIE REVIEW




Sungguh bersemangat! Hari pertama premiere je kat Malaysia (16/12/2010), terus gi tengok dan terus karang review ini! Ini mencerminkan betapa hebatnya impak movie ini kepada aku. Ya, movie ini sangat superb. Tahun lepas, Avatar berjaya mengungguli ‘carta movie di hatiku’ bagi kategori Sci-Fi/Fantasy. Tahun ini, Tron bisa bersaing dengan Harry Potter and The Deathly Hallows kot! Huhu

Ok movie ini basically mengisahkan tentang seorang pembangun permainan video terkenal yang berjaya mencipta ‘The Grid’, sebuah dunia digital yang asing dari dunia sebenar, dan boleh dimasuki manusia dari dunia sebenar. Namanya Kevin Flynn. Dia mempunyai seorang anak bernama Sam yang masih kecil. Program yang diciptanya itu ingin diberikan percuma kepada semua orang (ala openSource) lantas bakal mengubah seluruh dunia, tapi ia hanyalah apa yang dia harapkan sahaja. Suatu hari dia menghilangkan diri secara tiba-tiba, meninggalkan anaknya dan syarikat perisian Encom miliknya. 20 tahun berlalu, Sam sudah dewasa tetapi tidak mengepalai syarikat bapanya itu kerana begitu frust atas kehilangan bapanya. Encom telah dikuasai kapitalis, dan menjadikan Encom sebuah syarikat perisian yang hanya mencari keuntungan atas jualan perisian, sesuatu yang tidak akan dilakukan Kevin Flynn. Sam selalu mendajalkan tindakan Encom itu. Kemudian, seorang rakan baik Kevin Flynn, Alan telah menerima isyarat kelui pertama kali dari Kevin Flynn sejak dia hilang, lalu menyuruh Sam ke arked permainan merangkap pejabat bapanya, yang telah lama ditinggalkan. Akhirnya Sam jumpa jalan rahsia ke pejabat sulit bapanya. Tapi tiada langsung tanda-tanda bapanya di situ. Pelik. Kemudian dia telah menghidupkan computer bapanya dan lepas tu dia tekan-tekan apa ntah, tiba-tiba ada satu laser kat belakang die menyuluh padanya lantas, dia berada di dalam ‘The Grid’.

Suasana dalam tu memang superb a. Maka bermulalah pengembaraan Sam mencari ayahnya yang hilang. Ternyata bapa dia memang ada dalam tu. At first, penonton dibawa kepada sangkaan bahawa bapa Sam seorang pemerintah di situ. Rupanya itu hanyalah klon bapanya yang berbentuk program bernama Clu, dicipta oleh bapanya dengan rupa iras bapanya, yang kerja dia hanya mencapai kesempurnaan the Grid sahaja. Bapa Sam telah diusir oleh Clu yang memberontak ke kawasan pergunungan yang tiada penghuni tetapi ada ditemani program ciptaannya bernama Quorra. Ia menggunakan program ISO (bukan ISO 9002) yang sudah pupus (macam Windows 95). Sam berjaya berjumpa dengan bapanya yang sebenar. Nangis-nangis tu ada la sikit. Lepas tu Kevin, Sam dan Quorra bersama-sama menentang Clu dan mencari jalan untuk ke portal, satu-satunya jalan pulang ke dunia sebenar. Menakutkan, apabila Clu berjaya mengetahui akan kewujudan dunia sebenar, maka dia mengumpulkan bala tentera untuk menyeberangi portal dan menjajah dunia sebenar kita. Cukuplah, kalau nak cerita semua memang panjang gila. So lebih baik korang pergi tengok sendiri.

Now, masa untuk ulasan sikit. Cerita ini tidaklah dibintangi oleh bintang-bintang ternama sangat. Even pelakon Sam yang dewasa itu ialah Garrett Hedlund, mungkin ramai tak kenal. Tapi aku kenal dia daripada cerita Four Brothers, yang ada Mark Wahlberg tu. So since then dah tau a bakat Garrett Hedlund yang ala-ala bajet bagus tu. Tapi still smart a lakonan dia. Quorra pula dilakonkan oleh Olivia Wilde. Aku tak dapat nak recall mana-mana movie lakonan dia yang aku pernah tengok, tapi dia macam cun jugak a. Hehe. Pasal sound effect dia pulak, memang best. Sebenarnya runut bunyi dia simple-simple je tapi instrument yang die guna tu (sounds like drum yang sangat kuat) adalah sangat smart. Super sedap tapi penonton mungkin berasa agak bingit sikit bunyinya tapi dia keluar kadang-kadang je la.

Pasal irony dalam cerita ni pulak, ok dunia grid ini digambarkan sebagai dunia digital. Tapi setiap manusia dalam tu (baik program atau pengguna iakni manusia) diwajibkan ada satu cakera yang dipasang kat belakang badan. Fungsinya pelbagai, dari pusat memori sampai lah ke senjata. Itulah yang ironinya, sesuatu alat yang mengandungi maklumat-maklumat penting anda tapi boleh pula dilempar ke sana-sini untuk membunuh orang. Crucial yet tough. And then masa aku tengok movie ini, aku ada membayangkan kalaulah aku ada kat situ. Aku rasa terlalu banyak benda yang harus diperjelaskan. Even Sam pun macam tak tahu nak buat apa kat situ. Tapi kadang-kadang dia tahu je nak buat apa, nak pergi mana. Ironik sungguh. Lagi satu, agak kelakar la apabila simpan memori guna cakera, macam CD pula. Itu kelihatannya agak ketinggalan sedikit. Gunalah pendrive ke, external hard disk ke, boleh la bisnes external hard disk aku ni maju sikit, kan. Haha.

Kemudian, aku nak persoalkan nama movie ini: Tron. Jikalau anda menonton movie ini, anda akan dengar/lihat perkataan tron ni hanya beberapa kali je, merujuk kepada permainan arked bernama Tron dan seorang manusia program dalam the Grid yang dicipta Kevin Flynn bernama Tron. Watak manusia program bernama Tron ni hanya muncul pada babak imbas semula Kevin Flynn pada zaman mula-mula dia buat the Grid. Lepas tu watak ni senyap, dan hanya muncul balik pada klimaks cerita. Tron telah di-brainwash oleh Clu menjadi orang kanan dia selepas Clu merampas kuasa Kevin Flynn sebagai pemerintah the Grid. In the end of the movie, Kevin Flynn mengorbankan diri untuk menghalang Clu dari menyeberangi portal dan Sam berjaya pulang ke dunia sebenar, siap bawa Quorra sekali. Pergh, daripada hidup keseorangan tiba-tiba dapat awek cun pulak. Cis...

Satu perkara yang aku tak sangka dalam movie ini ialah, tiada babak romantis walau sekelumit pun. Light, heavy, you name it. Aku sendiri terkejut! Cerita hollywood tak sah kalu takde menda-menda tu kan. Tapi ini memang takde langsung. So anda tak perlu susah-susah nak tutup-tutup mata. Balun tengok je. Lagi satu, cerita ni sarat dengan konsep saintifik, kebanyakannya berbunyi matematik. Pemikiran yang ingin diterapkan juga sangat memeningkan dan berkomputer. Maka kalau anda pakcik dan makcik yang tak paham komputer, baik pergi tengok Hantu Kak Rumah Balik Limah atau sebagainya. Aku presume, movie ni mesti murah. Sebab scene yang perlukan suasana sebenar hanya di awal filem. Selebihnya semua adegan dalam the Grid, dalam erti kata lain, dalam studio berlatar hijau untuk buat CGI.

Overall, aku rasa cerita ini sangat layan untuk budak-budak yang dah pandai pakai otak dan orang-orang muda. Lagi-lagi kalu dapat tengok pakai 3D. Kalau ditakdirkan aku kaya dan mampu memiliki 3D HD LED TV 50 inci dan 3D Blu-Ray player, movie ini konfem ada dalam rak movie blu-ray aku. Doakanlah...pointer untuk movie ini? Ini dia! Kalau nak puji review ni atau nak kutuk ke, dipersilakan.

2 comments:

teenylina said...

hui ni review ke synopsis pnjg gler...haha

Ian 이재인 said...

lol....mix2..sume ada...sbab tu panjang gile..hak2...