JOHOR, 24 Mac – Di suatu petang yang berhujan lebat gile, terlihat sebuah kereta Atos Prima berwarna kelabu bernombor plat WKS 2434 dilihat memecut laju di lorong memecut di Lebuhraya Utara-Selatan di wilayah Selatan. Dalam keadaan samar-samar dalam hujan itu, sebuah kereta BMW 7series (bukan nama sebenar) di hadapan telah memperlahankan keretanya kerana didapati ada kemalangan di hadapannya. Tetapi malangnya pemandu kereta Atos Prima itu mengekori BMW 7series tersebut terlalu rapat. Yang pemandu Atos Prima tu plak bawak punya lah laju dalam hujan tu, so menurut dia, dia brek sampai habis tapi kereta masih berjalan (kerana daya geseran sifar ketika itu kerana jalan basah). Akibatnya, kereta Atos itu mencium (melanggar) bumper belakang BMW 7series tersebut dan mengeluarkan bunyi yang agak menyeramkan jugalah. Menurut salah seorang penumpang Atos itu, bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pelanggaran itu berbunyi ‘DANG-DANG’. Menurutnya lah, kami hanya menyiarkan apa yang dikatakannya. Dah tu, ade lak bas Maraliner (juga bukan nama sebenar) kat belakang telah melanggar Atos tu ke arah divider di tengah lebuhraya. Seorang penumpang telah bersedia menghadapi impak tersebut dengan mengangkat sedikit punggungnya ke atas. Nasib baik impaknya minima dan pemandu itu mampu mengawalnya dan berjaya meloloskan diri tanpa sebarang kecederaan pada keretanya, kecuali trauma yang melekat di hati dan sanubari pemandu dan penumpang-penumpangnya. Oleh sebab itu, boleh kita sampulkan bahawa, kereta Atos Prima yang bernombor plat WKS 2434 itu dicabul depan dan belakang….
AMARAN : Kisah yang dipaparkan ini tercabar kebenarannya.
1 comment:
hahaha.. lucu!
Post a Comment