Pemasa kira kebawah (Countdown Timer)

Qur'an Daily

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Baqarah: 159-160)

Hadith Daily

Narrated 'Abdullah bin Abbas :

Al-Fadl (his brother) was riding behind Allah's Apostle and a woman from the tribe of Khath'am came and Al-Fadl started looking at her and she started looking at him. The Prophet turned Al-Fadl's face to the other side. The woman said, "O Allah's Apostle! The obligation of Hajj enjoined by Allah on His devotees has become due on my father and he is old and weak, and he cannot sit firm on the Mount; may I perform Hajj on his behalf?" The Prophet replied, "Yes, you may." That happened during the Hajj-al-Wida (of the Prophet ).

Bukhari :: Book 2 :: Volume 26 :: Hadith 589

Monday, June 22, 2009

Memoirs of a gaysha KMNS student...

mase2 jalan2 kat internet, terjumpa lak website KMNS. wah! rindunye! ade la sikit gamba2 knangan yang ku cilok dari sana. nah, utk tatapan korang...


[wah! ni la blok kediaman aku dulu! exactly blok B3! bilik aku adalah yg dalam arah anak panah tu, memang tempat paling strategik utk usya org lalu lalang depan blok aku. selalunye ramai org lalu lalang situ seperti budak2 laki blok B dan C5 serta budak pompuan blok C. kerja kitorg ari2 memang dajal org je la. kenangan paling takleh lupakan, budak pompuan ade program agama kat dewan serbaguna (DSG) jadi semua pakai telekung. tyme mereka lalu depan blok aku tu budak2 ni punye la kecoh, bayangkan monyet dalam sangkar gergasi, macam tu la rupanya.haha]



[budak2 batch same dgn aku mesti tak tahu apakah menda ni. sebenarnya ia astaka! dulu astaka ni xde bungbung. mule2 aku terkejut jugak. haha~ dah maju dah sekarang]



[ni bilik yang paling tak best skali iaitu bilik jpp. org2 berpangkat je yg lepak sini, dengan kuncu2 mereka. aku tidak. x penah masuk langsung bilik tu]



[ini adalah blok tutoran. agak kelaka bile menyebut perkataan tutoran itu. huhu. biasenye aku panggil tutoria (without L). dulu salu lepak dgn budak cine (ah kent) die cakap tutorial denga macam tutoria. sangat ria je dengar! slaen tu, blok ni ade kisah gelapnye. tyme exam, ade plak budak kena sampuk. siap lawan2 lagi jin2 tu dalam bilik tutor. huh~ ni kisah benar ni, ramanan a/l pattabiraman yg story. huhu~]



[ini blok dewan kulia! salu la gi kulia, aku tak layan sangat monteng2 tyme matrix. huhu~]



[ini dewan serbaguna iaitu dsg. byk knangan dsg ni. mase dewan kulia diupgrade, kulia dibuat kat sini la. bapak busan weii... selaen tu, Bloodline buat kempen derma darah kat sini gak. ramai org dtg. kite bajet x ramai, skali...hamek ko...huhu]



[ini kafetaria c, kafe yang paling jarang aku gi sebab jao sangat dan busan sangat. salu aku gi kafe a (tapao dinner) kafe b (makan lunch hujg minggu) dan kafe d (makan tengahari dgn kawan2). waaahh~kangen banget sama kalian!]



[ini kaunter hep.minta mc kat sini, amek rezut pun sini. amek rezut a paling tak besh. huhu~]



[ini klinik. sakit2 datang sini la. tapi bukan 24j on. doctor datang ptg je, kul 5-7. kalu xdtg waktu ni, alamat ko menderita la smalaman. huhu~]



[ini blok makmal. segala adegan pecahkan bikar, kena electric shock dan terpotong anu tikus semua berlaku kat sini. slaen tu, jadi gak tempat usya2 org sebab kat tengah2nye ade port lepak2 ramai2. meriah setiap hari~!]


[dalam laman web rasmi kmns, tempat ni digelar dataran ilmu. tapi ak tak penah pun panggil demikian. haha. ni la port lepak2 usya2 orang yang aku cite kat atas tadi ni.]





[ini pusat serenti sehenti. tempat list tempat duduk muet, list tempat duduk exam ditampal kat sini. lagi ape ada...tak ingat dah. tapi banyak la info2 di tampal kat sini. tempat ni sebelah je dgn kaunter hep tu.]




[susur gajah! ko telah membantu kami di kala panas mahupun hujan, x lekang dek panas x lekuk dek hujan.]




[ini la tapak tempat bazar ramadan. macam2 makan ade. huhu~slaen tu, tempat ni gak la tempat berkumpul tatkala fire drill berlaku. malam2 lak tu. ade yang tak pakai baju, pakai kaen aje tyme berkumpul tu. huhu~]




[ini balai pengawal. tempat yang paling tak best utk dikunjungi sebab banyak songel. benci jaga! benci jaga!]



[ni bas kmns. x pernah bersekempatan naek sepanjang pengajian. waaa...]




[ni gelanggang bola keranjang. port budak cine dan budak melayu yang reti maen sahaja. kawan aku sorang ni name die lia salu maen sini petang2. agak power la die maen. huhu~]




[aku sure yang gelanggang bola tampa ni, dulu takde pagar. sekarang dah ade dah. wahhh...]





[ini adalah dataran perdana (kata laman web) tapi kitorang panggil je padang perhimpunan. sini la perhimpunan pagi dan semayang jemaah diadakan magrib2. satu perkara best yang pernah berlaku kat sini adalah, ade skali tyme perhimpunan tu, suasana pagi itu berkabus. rase macam kat oversea je tyme tu. sayang aku tak amek gamba tyme tu...]





[ini adalah gazebo, tempat rehat-rehatan di waktu siang manakala pada waktu malam menjadi port orang2 kapel berdating. aku tak penah buat ok. huhu~]





[gimnasium!!! (x pnh masuk.) haha]



[kedai potosted ni memberikan banyak kenangan bermakna kepadaku. aku 1st tyme bekerja berupah kat sini la. petang2 kalu xde kelas, aku lepak sini dengan depoh dan bulat tolong akak2 potostet. kedai tutup kul 6.30, kitorang pun dapat upah. wah best sgt!]




[cyber cafe! tempat update frenster dan download lagu2 zaman matrix dulu! juga port orang maen cs tapi aku x layan cs pada waktu itu. sentiasa penuh dengan org. tengok tu, banyak kasut2 dan selipar2 ada. haha]






[kedai serbaneka 1st tu biase gi tapi yg 2nd tu aku x penah nampak. kedai baru la ni kot. huuu]






[perumahan lecturer, ketua jabatan dan pengarah mtrx~]




[ni tempat pijak2 batu (refleksiologi)]




[tempat skuasy. orang maen2 tapi aku tak pernah maen. huhu]




[surao tempat orang islam semayang. tak ubah macam dulu...]




[tempat persukanan! tempat tenis tu port biase maen tenis dengan faris asyraf. huhu~ tempat sepak takraw? eh ni dulu tak ade ni! baru buat eh? huhu~]


haaaa...ni la kenangan tyme matrik dulu. untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi kmns di alamat http://www.kmns.matrik.edu.my/

korang komen la eh! thanx~

Sunday, June 21, 2009

Jurnal Makan vol.1 (Eating Journal vol. 1)

Kuih yang agak pelik yang dibeli di kafetaria tempat kerja. sedara-mara dorayaki doraemon.
[weird-looking cake bought at my workplace cafe, possibly doraemon's dorayaki relatives]





Makan-makan kat Restoran Wong Solo Bandar Baru Bangi! Specialty: Ayam Penyek Penyet!
[Dinner @ Wong Solo Restaurant in New Bangi Town. Specialty: Pressed Chicken]





Makan petang di Secret Recipe Alamanda (First tu Chicken Cordon Bleu sedap gile, kedua tu Spagetti biase sebab ibu makan)
[Evening meal @ Secret recipe Alamanda (Cordon Bleu chicken & Spagetti)]






Makan durian kat kampung batu 3 Semenyih!
[Durian indulgence at my village 3rd Mile Semenyih]






Roti Naan dan Ayam Tandoori kat restoran paki (pakistan) kat Semenyih Sentral
[Naan bread and TAndoori Chicken at a pakistan restaurant at Central Semenyih]







Mee Sizzling di Sri Rasa Alamanda (tak sangka lak ia begitu sedap sekali. kuah habis ku hirup. kerak tepi habis ku telan)
[Sizzling Mee at Sri Rasa Alamanda (eat till its last gravy drop!)]

Wednesday, June 17, 2009

"X PEGI KEJE TAPI PEGI HOLIDAY. APA JADAH" episode II

setelah mendapat demand yang tinggi daripada viewer2 blog aku, maka ku terbitkan la episode II bagi kisah percutian ku ini. okay, keesokan arinye kami pun bertolak la ke langkawi naek feri (tak naek feri muar dgn batu pahat sebab dah tutup). maka terserlahlah segala kenakalan dan keganasan sepupu2ku tyme tu. contohnye ni ha:



[gamba ajim budak samseng 3 kampung (sg.merab, air hitam dgn air hitam permai) mengganas di atas feri. gamba ni aku punye]


kitorg naek feri dari jeti kuala kedah. maknenye lame la perjalanan kami tu. pertolakkan kami dari kuala kedah pada jam 8.15am, sampai langkawi kul 9.30am. sampai kat sana je, amil nampak jam ben10. dah, die nak jam pulak. mahal plak tu, 19.90. bukan takde duit, tapi kan lebih baek duit itu digunakan utk perkara yg lebih brfaedah spt makan dsb. btol x? akibatnye, amil pun mrajok...






kemudian van sewa kami pun sampai...cik nong (makcik aku) bilang naek grand livina. skali yg dtg vanette. huuu~ maka naek jela. kalu x silap, rm15/jam. yg bwk vanette tu uncle. van manual lak tu. gaya uncle macam peraih ikan jek. hahaha~alamak, sayang la xde gamba...pastu kan, kitorang nak gi kabel car, pastu dalam perjalanan tu lalu la kat sebelah lpgn terbang, berenti la kejap tengok kapal mendarat. chek out video ni:



pastu sambung jalan balik. mase tu dah tengahari. lapo lak pulak rase. maka berenti la jap kat marina bay, ade kfc. nyam2! makan2! pas makan tu, terperasan la kat depan kfc tu ade petrosains mini dengan papan tanda tulis "FREE ADMISSION", sesuai la dengan plan kitorg yang nak melawat ke tempat2 free je. maka kami masuk la. sangat sronok tempat tu, macam2 aktiviti sains ade. lembaran di bawah ni adalah video2 di tempat itu!









pas maen2 kat situ, kitorang sambung a jalan pi cari tempat keter kabel tu. pastu sampai la kat tempat tu. die macam perkampungan la jugak, tapi takde rumah org, ade kdai2 jual brg2 je. kat blakang kedai2 ni la stesen keter kabel tu. mule2 tgk hargenye, masya-Allah! dewasa rm30 kanak2 rm20. nasib baek la kaya, maka sumer dapat la naek. tyme nak bayar tiket tu, tengok2 die kata "warganegara msia sila tunjukkan mykad masing2 utk dapatkn pengurangan harga". bayangkan daripada jumlah harganya rm200++ menjadi hanya rm95 sahaja! gile la! maka kami pun menunggang la keter kabel tu! nah video!






kat atas gunung mechinchang tu sangat best dowww....tyme ade angin, sejuk die gile babe. point paling tinggi kat situ ialah 710m. tinggi gile. lame gak a kat atas tu. ade gamba2 yg uncle amek, tapi tak pao dari die lagi. nanti la aku postkan yeh! sementara tu, tengok la stok gamba aku ni. kitorang gi jugak jambatan gantung kat gunung mechinchang tu. sangat best. alhamdulillah aku x gayat. pais (adik aku yg bajet macho) tu je yg gayat. jalan lambat2 je. hehe~


[pais (baju kuning depan sekali) cuak2 pun bergamba jugak!]




[scenery pergunungan ketika dalam kereta kebal kabel!]


[baby (adik bongsu aku) terkenang awek di perantaoan]


nak gi kat jambatan tu bukan sng. kna turun bukit dulu. turun bukit tu rilek je la. tapi yang seksanya, nak naek balik. hamik ko! letih. pakcik2 dan lebai2 pun ade berenti kejap2 tyme mendaki, penat sgt. tapi ajim tak penat langsung. tengok la gamba ni! macam org sengal kan? hehe~




[ajim memanjat bagai nak rak!]

dah lame kat atas tu kitorg turun bawah balik la. nami cakap die nampak rusa. die nak pi tengok tapi mak bapak die tak bagi sebab mesti kna bayar kalu nak masuk kan. sekali tengok, free je. maka dapat la masuk. bukan ade rusa je, arnab pun ade jugak. gajah pun ade! huhu~


[sedapnye aiskrim tu mell...tyme tu aku tak teringin. sekarang baru aku teringin. haha~]

pastu, budak2 ni sibuk nak mandi laut, mandi laut. maka kami gi la kat pantai kok kat sebelah marina tu. sangat bersih, sangat xramai org. penuh dgn privasi. rase macam pantai tu kami yang punya~!


[lihatlah pantainya! cantik banget!]



[semua orang seronok di kala itu]


[seksa gile nak tangkap gamba ni. semua tak reti nak duduk diam]


[tolong buatkan 'highway' untuk ketam berjalan dari rumah ke rumah. boleh tulis dalam logbook praktikal nih!]

dah mandi2 tu (dalam kul 4.30 gitu), balik la ke pekan kuah balik, nak naek feri kul 6.30 balik benua balik. sebelum naek feri tu, singgah la jap kat dataran amek2 gamba tapi sekali lagi, pakai kamera uncle. nanti la aku amek kat die yehh..

pastu balik la naek feri. sampai kuala kedah dalam kul 8 jugak la. dah gelap gulita dah. huuu...tamat la journey episode II! tunggu episode III yakni episode terakhir ya!

Monday, June 15, 2009

"X PEGI KEJE TAPI PEGI HOLIDAY. APA JADAH" episode I

haaaa.....memang budak praktikal tahap lampao gile aku ni. suke2 je wat cuti 4 ari gi olidae. mule2 gi tu supervisor x kate ape. bile balik, baru die cakap "x boleh sebenarnye". fuhh...hangin smacam je rase. tapi kalu ikutkan, mmg xleh sebab kan dikira semester pendek. huhu~ watever la, yg pnting aku dah pegi dan aku dah balik. so skarang masa untuk bercerita~!!!

Hari 1:

bangun pagi2 sebab flight pagi (Airasia suke wat flight pagi. bosan btol). eh, lupe lak nak cakap aku pegi mane. aku pi aloq staq, pastu pi langkawi, pastu pi perlis. 3 ari, so ade 3 episode la yg aku wat. aku gi dgn family makcik aku dgn suami die dgn anak die 4 org yg macam haru-biru, tambah lak dgn adik2 aku due org, maka ade 9 org sumenye. mule2 ni pi aloq staq naek flight pukul 7.15am. weehee...sonoknye naek kapal terobang!


[kapal terbang yang ditunggangi. nampak belakang tu gelap lagi (tu kire gelap aku la tu. ahax). gambar hak milik kekal]

perjalanannya tak lama, tak sampai sejam pun. maka kalu nak makan2 ni memang tak sempat, tapi makcik aku ade pre-book makan2 utk anak2 die kan, so dapat la aku mrasa sikit. sedap dow!


[aku hanya mampu melihat spupu aku nami makan nasi ayam airasia je. tapi sebab die tak suke sayo, maka aku kebas la sayo tu. sayo pun sayo laa...gamba akunye ni]

adik aku lak nak muntah! haram jada!


[takde la, aku saje suro die bwat2 muntah. hahah~][eh lupe nak cakap, gamba ni aku punye]

pas sampai airport aloq staq tu, makcik aku kat sana dan anak2nya datang jemput kitorang. rupenye tido umah diorg, aku ingt dapat tido hotel ke. hehe. mase kat umah diorg tu, aku jumpe satu fenomena ajaib. tengok je gamba bawah ni:


[akunye]

nasi lemak kat sane dijual dlm sokkaba(perkara biasa) tapi ade cop huruf kat ats sokkaba tu! (luarbiasa!). then rupenya 'A' tu stands for ayam. dalamnye ialah nasi goreng dan secebis ayam. fyi, nasi die kecik je, serious aku x kenyang. tapi harge 60c, mahal jugak. aku cakap "kalu jual macam ni kat kl, memang org marah' haha~ pastu ade lak cop huruf 'D', stands for daging. aku xleh bayang kalau ade nasi goreng cop hurufnye 'B'. hahaahahahahahahahahahahahahahahahahahaaaaa~

meh tengok spupu aku yang sengal! (name die amil. org panggil die hagemaru!)

Friday, June 5, 2009

Kelmarin & Semalam & Tadi & Sekarang

Ni sume kisah2 pada hari ini, tanggal jemahat 5 Jun 2009. Hari ini aku datang naek keter! Yay! Nah, gambarnya...


[kancil yang sering menjadi perhatian di sekolah dulu. gamba ni aku punye..]

hari ini juga merupakan kesinambungan bagi hari2 yang lahanat selama seminggu ni, di mana anak2 bos datang memporakporandakan opis menjadikan aku takleh wat keje langsung. tapi dah sepupu sendiri, nak bwat macamana. ari selasa, anak no.2 bos datang. ari rabu, anak no.1 die datang. ari kamis due2 tu datang + spupu pompuan. huh~poning palo. ari ni? due2 anak die datang lagi, tapi aku bawak pengawas besar, yakni adik aku.


[dari kiri, cepat jalan! anak no.1 nazreen, aku, anak no.2 nazmi. yang belakang tu adik aku. ensem x? hehe. gambar ni aku punye tahu]

ade mawas pengawas pun, tunggang terbalik gak opis ni. adushh~ fenin2...
pastu akak suhaiza pun bawak gak batalion die, due org gadisss (adik2 die a kot)...tapi kak suhaiza gak a yg paling cun. huhu~

budak2 ni gado bagai anjing dan babi. sakit kpala la. malas dah nak wat keje...huh..bile nak kul 5 ni....x saba nak punch kard dan start cuti 2 ari. minggu depan, 4 ari aku g aloq staq, ade site visit. huhu~
naek kapal terebang, tahu? yay~

Thursday, June 4, 2009

KISAH LAMA TAPI BARU KUAR...part II

Ha, yang ni pulak kisah minggu lepas, iaitu hari Ahad 31 Mei 2009. Bayangkan, tiga jemputan rumah oang kawen. Pergh...tiga pinggan nasik aku cekik. Mula-mula pegi kenduri kawen kat kampun ibu iaitu Kg. Dato' Abu Bakar Baginda di pinggir Putrajaya. Yang sedeynya, laok die takde ayam. ada daging je. I takleh makan daging, puasa (sebenarnya ibu aku x bagi makan, nanti alergi sepi lagi. maka takleh makan sampai la arini). lauk yang aku makan sambal goreng je laa...
dah tu, condel cendol yang dihidangkan masin rasanya. huh~tapi abis jugak aku makan. lalala~


[cendol kat kenduri tu tak rupa cendol ni langsung. amek kat sini]

Pastu kitorang gi ke umah no.2, di Seksyen 6 Bandar Baru Bangi. ayah aku cakap umah ni umah Ramli pendek (??) kawan die a kot. tengok lauk.....lohh...xde ayam...daging jugak lauk die..ada rendang daging hancur. senyap-senyap aku amek, makan. ibu tak nampak. huhuhu~nasib baek x alergi sepi...pas makan, kami pun pi salam kat toan umah. sempat lak ibu dengan adik aku posing kat bench dekat2 tempat kitorang parking keter. nah, gambarnya..


[Kesengalan ibu dan adik aku terserlah. Lakonan yang dilakonkan: Ibu kentut, anak tutup idung. Gamba ni aku punye]

Pastu gi uma oang kawen kat kampung ayah aku lak. yang ni takde gamba, sori. tapi kali ni, baru ada ayam! Nyam2! Huhu~! Dapat gak makan ayam..

Maka, dengan ini, sejumlah tiga pinggan nasi telah dimakan (nasi saja, pinggan tak termasuk). Kau tak tahu bertapa kenyangnye aku. Pas kenduri tu, pegi la umah nenek belah ayah aku yang tak jao sangat tu. dah, kat sana pakcu bagi keledek goreng pulak. mencekik lagi. ade juga sedara Count Dooku (buah duku) tapi aku x minat kerabat Count Dooku so aku tak makan.

Malam tu, aku tak makan. kenyang sangattt~ huhu~