Pemasa kira kebawah (Countdown Timer)

Qur'an Daily

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

(Surah Al-Baqarah: 159-160)

Hadith Daily

Narrated 'Abdullah bin Abbas :

Al-Fadl (his brother) was riding behind Allah's Apostle and a woman from the tribe of Khath'am came and Al-Fadl started looking at her and she started looking at him. The Prophet turned Al-Fadl's face to the other side. The woman said, "O Allah's Apostle! The obligation of Hajj enjoined by Allah on His devotees has become due on my father and he is old and weak, and he cannot sit firm on the Mount; may I perform Hajj on his behalf?" The Prophet replied, "Yes, you may." That happened during the Hajj-al-Wida (of the Prophet ).

Bukhari :: Book 2 :: Volume 26 :: Hadith 589

Tuesday, August 9, 2011

LAmA TiaDA nGEpos KaRNa KErja bANyAk, Tau nGGAk??? :P



woiii...lame gile x update siniii...gile malas aku nak nulis...manade mase dah..skang bizi kerja je..hehe...uh uh! skang dah keje yaww~ CIMB Group! tempat yang sonok utk bekerja! at 1st aku kerja normal hour, cam org laen. pastu supervisor tnye aku "bole start bwat shift x?" aku pun cam was2 a, boleh ke dok boleh ke dok..tibe2 trkenang nanti dapat elaon shift: OK ENCIK! BILE BOLEH MULE? hhahahahaahaa...mata duitan sihh aku nihh...ah, xkesah a..cuz kerja shift ni turns out to be a great job. mane x nye, 1st aku bole elak travel waktu rush hour like 7-8am dan 5-9pm...kalu aku keje ship pagi, aku naek ketapi 6am. ade sape2 nak naek tren 6am pegi keje? xde! aku je! nak baring dalam tren pun boleh....kalu ship petang, aku gerak dari uma jam 11-12pm. tap keje masuk 2.30pm. so bole jalan2 cuci mata kat mid valley dan the gardens dulu...sonok sehh hidup gini! cume slacknye time balik a. waktu balik ship ptg ialah 11pm. signout je kena terus rush ke LRT dan rush ke KTM, mesti naik tren trakhir di KL Sentral jam 11.27pm. Kalu x, tido kat kl sentral a jawabnye haha...so far sonok a keje aku ni.kalu kamuorang nak try keje sini, bole cube apply..cari kat jobstreet nuh. bukan ape, bile baru start keje ni kena la berkorban sikit. ye la kan, nafsu nak shopping je. pastu nak beli handphone baru lah, kereta sendiri lah, DSLR sendirilah...mana mau cari uang? KERJA! haha sudahlah, ni dah 4.30pagi ni. nak sahuurr~ jumpa lagi yaa! cheeriosss! :D


P/S: Eh, lupe nak lapor: harini bday aku~~ ngeee *wink2*

Friday, December 17, 2010

TRON: LEGACY MOVIE REVIEW




Sungguh bersemangat! Hari pertama premiere je kat Malaysia (16/12/2010), terus gi tengok dan terus karang review ini! Ini mencerminkan betapa hebatnya impak movie ini kepada aku. Ya, movie ini sangat superb. Tahun lepas, Avatar berjaya mengungguli ‘carta movie di hatiku’ bagi kategori Sci-Fi/Fantasy. Tahun ini, Tron bisa bersaing dengan Harry Potter and The Deathly Hallows kot! Huhu

Ok movie ini basically mengisahkan tentang seorang pembangun permainan video terkenal yang berjaya mencipta ‘The Grid’, sebuah dunia digital yang asing dari dunia sebenar, dan boleh dimasuki manusia dari dunia sebenar. Namanya Kevin Flynn. Dia mempunyai seorang anak bernama Sam yang masih kecil. Program yang diciptanya itu ingin diberikan percuma kepada semua orang (ala openSource) lantas bakal mengubah seluruh dunia, tapi ia hanyalah apa yang dia harapkan sahaja. Suatu hari dia menghilangkan diri secara tiba-tiba, meninggalkan anaknya dan syarikat perisian Encom miliknya. 20 tahun berlalu, Sam sudah dewasa tetapi tidak mengepalai syarikat bapanya itu kerana begitu frust atas kehilangan bapanya. Encom telah dikuasai kapitalis, dan menjadikan Encom sebuah syarikat perisian yang hanya mencari keuntungan atas jualan perisian, sesuatu yang tidak akan dilakukan Kevin Flynn. Sam selalu mendajalkan tindakan Encom itu. Kemudian, seorang rakan baik Kevin Flynn, Alan telah menerima isyarat kelui pertama kali dari Kevin Flynn sejak dia hilang, lalu menyuruh Sam ke arked permainan merangkap pejabat bapanya, yang telah lama ditinggalkan. Akhirnya Sam jumpa jalan rahsia ke pejabat sulit bapanya. Tapi tiada langsung tanda-tanda bapanya di situ. Pelik. Kemudian dia telah menghidupkan computer bapanya dan lepas tu dia tekan-tekan apa ntah, tiba-tiba ada satu laser kat belakang die menyuluh padanya lantas, dia berada di dalam ‘The Grid’.

Suasana dalam tu memang superb a. Maka bermulalah pengembaraan Sam mencari ayahnya yang hilang. Ternyata bapa dia memang ada dalam tu. At first, penonton dibawa kepada sangkaan bahawa bapa Sam seorang pemerintah di situ. Rupanya itu hanyalah klon bapanya yang berbentuk program bernama Clu, dicipta oleh bapanya dengan rupa iras bapanya, yang kerja dia hanya mencapai kesempurnaan the Grid sahaja. Bapa Sam telah diusir oleh Clu yang memberontak ke kawasan pergunungan yang tiada penghuni tetapi ada ditemani program ciptaannya bernama Quorra. Ia menggunakan program ISO (bukan ISO 9002) yang sudah pupus (macam Windows 95). Sam berjaya berjumpa dengan bapanya yang sebenar. Nangis-nangis tu ada la sikit. Lepas tu Kevin, Sam dan Quorra bersama-sama menentang Clu dan mencari jalan untuk ke portal, satu-satunya jalan pulang ke dunia sebenar. Menakutkan, apabila Clu berjaya mengetahui akan kewujudan dunia sebenar, maka dia mengumpulkan bala tentera untuk menyeberangi portal dan menjajah dunia sebenar kita. Cukuplah, kalau nak cerita semua memang panjang gila. So lebih baik korang pergi tengok sendiri.

Now, masa untuk ulasan sikit. Cerita ini tidaklah dibintangi oleh bintang-bintang ternama sangat. Even pelakon Sam yang dewasa itu ialah Garrett Hedlund, mungkin ramai tak kenal. Tapi aku kenal dia daripada cerita Four Brothers, yang ada Mark Wahlberg tu. So since then dah tau a bakat Garrett Hedlund yang ala-ala bajet bagus tu. Tapi still smart a lakonan dia. Quorra pula dilakonkan oleh Olivia Wilde. Aku tak dapat nak recall mana-mana movie lakonan dia yang aku pernah tengok, tapi dia macam cun jugak a. Hehe. Pasal sound effect dia pulak, memang best. Sebenarnya runut bunyi dia simple-simple je tapi instrument yang die guna tu (sounds like drum yang sangat kuat) adalah sangat smart. Super sedap tapi penonton mungkin berasa agak bingit sikit bunyinya tapi dia keluar kadang-kadang je la.

Pasal irony dalam cerita ni pulak, ok dunia grid ini digambarkan sebagai dunia digital. Tapi setiap manusia dalam tu (baik program atau pengguna iakni manusia) diwajibkan ada satu cakera yang dipasang kat belakang badan. Fungsinya pelbagai, dari pusat memori sampai lah ke senjata. Itulah yang ironinya, sesuatu alat yang mengandungi maklumat-maklumat penting anda tapi boleh pula dilempar ke sana-sini untuk membunuh orang. Crucial yet tough. And then masa aku tengok movie ini, aku ada membayangkan kalaulah aku ada kat situ. Aku rasa terlalu banyak benda yang harus diperjelaskan. Even Sam pun macam tak tahu nak buat apa kat situ. Tapi kadang-kadang dia tahu je nak buat apa, nak pergi mana. Ironik sungguh. Lagi satu, agak kelakar la apabila simpan memori guna cakera, macam CD pula. Itu kelihatannya agak ketinggalan sedikit. Gunalah pendrive ke, external hard disk ke, boleh la bisnes external hard disk aku ni maju sikit, kan. Haha.

Kemudian, aku nak persoalkan nama movie ini: Tron. Jikalau anda menonton movie ini, anda akan dengar/lihat perkataan tron ni hanya beberapa kali je, merujuk kepada permainan arked bernama Tron dan seorang manusia program dalam the Grid yang dicipta Kevin Flynn bernama Tron. Watak manusia program bernama Tron ni hanya muncul pada babak imbas semula Kevin Flynn pada zaman mula-mula dia buat the Grid. Lepas tu watak ni senyap, dan hanya muncul balik pada klimaks cerita. Tron telah di-brainwash oleh Clu menjadi orang kanan dia selepas Clu merampas kuasa Kevin Flynn sebagai pemerintah the Grid. In the end of the movie, Kevin Flynn mengorbankan diri untuk menghalang Clu dari menyeberangi portal dan Sam berjaya pulang ke dunia sebenar, siap bawa Quorra sekali. Pergh, daripada hidup keseorangan tiba-tiba dapat awek cun pulak. Cis...

Satu perkara yang aku tak sangka dalam movie ini ialah, tiada babak romantis walau sekelumit pun. Light, heavy, you name it. Aku sendiri terkejut! Cerita hollywood tak sah kalu takde menda-menda tu kan. Tapi ini memang takde langsung. So anda tak perlu susah-susah nak tutup-tutup mata. Balun tengok je. Lagi satu, cerita ni sarat dengan konsep saintifik, kebanyakannya berbunyi matematik. Pemikiran yang ingin diterapkan juga sangat memeningkan dan berkomputer. Maka kalau anda pakcik dan makcik yang tak paham komputer, baik pergi tengok Hantu Kak Rumah Balik Limah atau sebagainya. Aku presume, movie ni mesti murah. Sebab scene yang perlukan suasana sebenar hanya di awal filem. Selebihnya semua adegan dalam the Grid, dalam erti kata lain, dalam studio berlatar hijau untuk buat CGI.

Overall, aku rasa cerita ini sangat layan untuk budak-budak yang dah pandai pakai otak dan orang-orang muda. Lagi-lagi kalu dapat tengok pakai 3D. Kalau ditakdirkan aku kaya dan mampu memiliki 3D HD LED TV 50 inci dan 3D Blu-Ray player, movie ini konfem ada dalam rak movie blu-ray aku. Doakanlah...pointer untuk movie ini? Ini dia! Kalau nak puji review ni atau nak kutuk ke, dipersilakan.

Thursday, November 11, 2010

I WANNA GO TO LONDON!

Haha, seriously I wanna go to London! Bu not today or tomorrow la, maybe 1 or 2 years to come. The main purpose of going there is because I wanna watch Chelsea football match in Stamford Bridge! Of course I wanna bring my Chelsea friends along! Basically, we need a plan, a perfect plan. So I thought I wanna stay there, like four days from Friday until Monday because usually the match is on weekend. But if I got any chance to stay longer, that would be great! Maybe one week or so..oh yeah! So, here’s the plan:



First, we got to have a passport. That would probably RM100. To go to London, we need no visa because they give visa on arrival (Airasia, 2010). Just show them your departure itinerary then they will give you visa until your departure day, I think. So, I have surveyed on the flight fare to London. I guess I’m going to use Airasia X because they seem cheaper than the full airlines fare. We would need around RM1000-2000 just for one way. So we put around RM4000 for return tickets (the fare can go as high as RM2000 maybe because it is holiday or public holiday). For Airasia X, the flight will be arrived at Stansted Airport, located Northeast of London. As for accommodation, we were thinking a budget hotel called Tune Hotel in Westminster. Its price is around £25-40 per night. So how are we going to central London so that we can check in to the hotel? Hmmm…



Stansted Express! Yeah, it’s like ERL in Malaysia. It connected Stansted Airport to the central London (Tottenham Hale or Liverpool Street Station) with average journey time around 46 minutes. It runs every 15 minutes so we don’t have to wait (Stansted Express, 2010). The ticket fares is £19.80 only to Liverpool Street Station(It is advised that one should book the journey ticket first. It is cheaper £1).



Say, we are in Liverpool Street now. How to get to Tune Hotel. Oh yeah, they have tube and rail access! ( it’s like subway rail). Let’s see the tube map, shall we? =)



So, we start from Liverpool Street (top right of the map). Tune Hotel is 10 meters away from Lambert North (center bottom of the map). So you can figure out how to go there yourself! The fare is around £4 only. So it is quite okay (okay kepala hanguk ko!)



Now we have checked in. now, how to go to Stamford Bridge? Stamford Bridge is located near to Fulham Broadway (find it at bottom left of the map). See, it’s easy to travel, right! Their transportation link is so complex and systematic. I wonder when Malaysia can have such transportation link?



Now, let’s count our budget. Flight fare is RM4000 (around £800), Stansted Express £20, Football match ticket around £70. So all would be £890. Plus pocket money of £50 per day for 7 days would be £350. Emergency money we put £100. So all in all is £1340! In MYR, it’s RM6700! Oh yeah! I’m broke! =P

Sunday, October 10, 2010

CHARLIE ST. CLOUD MOVIE REVIEW!



Haha…tanggal 05 Oktober 2010 (Selasa) aku gi tengok movie ‘Charlie St. Cloud’ kat GSC Alamanda atas jemputan Musz Holmes yang baru balik interview. Maka tengahari tu jugak gi mandi siap-siap cepat-cepat terus gerak gi Alamanda. Since hari tu hari biasa maka tak ramai orang, sedap ah. Aku malas betul kalu gi tempat crowded-crowded nih, melainkan terpaksa kerana darurat. Pastu dapat tiket harga student walaupun dah graduate dah. Ada guna jugak kad matrik lama ni. Huhu.



Movie ni asalnya adaptasi dari novel yang laris tulisan Ben Sherwood bertajuk ‘The Death and Life of Charlie St. Cloud’. Bila aku tengok tajuk novel ni, baru la jelas di fikiran aku overall kisah mamat Charlie St. Cloud ni. Usually orang hidup lalu mati, tapi citer ni menampilkan konsep yang berbeza: iaitu kisah Charlie mati dan hidup semula serta berusaha mengubati diri dia dari penyesalan yang telah lalu. Charlie ni bukannya wali angin (Saint Cloud) tapi itu memang surname dia. Citer fiksyen kan, so biasa la die suke reka-reka nama.

Ok mari la aku kasi sinopsis citer ni skit. Citer ni bermula dengan kehebatan Charlie (Zac Efron yang versatile) berlumba kapal layar berganding dengan adik dia Sam (Charlie Tahan budak yang comel) dalam perlumbaan kapal layar semasa Charlie sekolah tinggi (Sam tu budak lagi). Charlie ni digambarkan sangat superb dalam bab-bab belayar ni, pastu menang dengan bergayanya. Tess Carol (Amanda Crew yang hawt) dapat no.2 je. Berkat bakat besar Charlie ni, dia dapat biasiswa sukan kat Stanford University. Dia cam sedih gak a terpaksa tinggalkan Quincy Harbor (kampong dia kat Northwest) terutama Sam dan mak dia Claire St. Cloud (Ray Liotta). Dia janji dia akan jaga Sam baik-baik, dan janji akan main besbol sama-sama kat hutan dikala matahari terbenam. Pastu one day, Charlie nak lari dari babysit Sam untuk ke party muda-mudi dengan member-member dia, biasa la nak blah high school kan. Sam ni perangai cam siot skit, die tau Charlie nak lari die pun tak nak dok rumah gak, die nak gi rumah member die tengok baseball match (FYI diorang fan Boston Red Sox. Agak aneh a orang Northwest sokong Boston yang kat Northeast. Sebabnya last diorang tahu kat mana bapak diorang ialah dia main untuk Boston Red Sox).

So Charlie pun terpaksa ar antakan Sam. On the way tu, diorang main pukul-pukul dalam keter (biasa ar gurau-gurau) and then tak semena-mena keter diorang kena langgar lori kontena ke arah Sam (start dari ni hati dah runtun dah). Ditakdirkan Tuhan, Charlie survived tapi Sam kiok. Charlie cam nyesal ar tak dapat selamatkan Sam. Pada hari pengebumian Sam (time tu nak maghrib), dia teringat janji dia nak main besbol tu. So dia lari dari majlis tu (talkin tak abes baca lagi) ke hutan. Dia tengok, roh Sam ada kat situ marah die datang lambat (meremang bulu roma). Menangis a Charlie tengok Sam ada kat situ. So diorang keep the promise. Charlie tak gi Stanford dan keje penggali kubur sejak itu. (sebenarnya Charlie ni cam dikurniakan ability leh tengok orang mati).

Dan kat kubur tu jugak, dia bertemu balik dengan Tess yang cun gile babeh tu. Rupanya Tess dah jadi pelayar yang hebat. Ada kapal layar sendiri, sponsor, macam-macam a. start tu dia start minat belayar balik. Dia kawan balik dengan Tess. Klimaks citer ni ialah bila dia spend banyak masa dengan Tess, sampai dia hampir lupa janji dengan Sam. Pastu dia sedar bahawa Tess yang dia bermain-main dengan tu, adalah roh Tess je. Didapati Tess tak pernah balik dari belayar, dia masuk dalam ribut. Maka Charlie guna instinct dia mencari Tess. Sampai satu time tu die kat tengah laut pastu die teringat ada janji dengan Sam. Time ni dia terpaksa buat pilihan yang paling sukar dalam hidup dia: Terus hidup dalam mimpi atau kembali ke dunia reality. Maka dia pilih untuk terus mencari Tess. Sam dah lama tunggu pastu dia pun blah ah, dia pun terima hakikat dan ikut ke arah cahaya (go into the light).

Pastu Sam tolong tunjukkan arah kat mana Tess berada dengan menggunakan meteor. Maka Charlie pun cari ar kat area berkenaan. Ternyata ada Tess, yang tengah nyawa-nyawa ikan tetapi berjaya diselamatkan. Setelah Tess pulih tu, dia tak ingat langsung saat-saat bahagia yang diluangkannya bersama Charlie, seakan roh dia yang lepak dengan Charlie tu tapi dia tak ingat pape a. Lastnya diorang belayar sama-sama. Oh so sweet~ hihi

Overall, citer ni style a. Aku bagi CGPA 3.25 out of 4. Huhu. Bagi aku perspektif citer ni berbeza skit dari citer-citer lain. Ia mengajar kita bahawa haruslah berpijak di bumi yang nyata, terima kenyataan dan redha atas ketentuan takdir. Selain itu dia ajar tema kasih sayang family and brotherhood dan berusaha sungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Surprisingly, ada yang kritik jalan citer Charlie St. Cloud ni predictable and bla bla bla but I don’t give a damn about it. Maybe orang yang kritik tu memang hebat sangat a kan. As a normal person, bagi aku penceritaannya best a. Tambah lak dengan bakat muda Zac Efron yang versatile dicampur dengan Amanda Crew yang hawt, ibarat makan nasi lemak lauk sambal sotong dan ayam goreng (you decide which would be Zac and Amanda haha I would say that the ayam goreng is Amanda lol). Diorang ni star yang muncul muda lagi dan agak sebaya dengan aku, so aku akan terus perhatikan perkembangan diorang sebagai anak seni. Macam mak bapak kita yang minat Elvis Presley etc, star zaman dia. Zac and Amanda ni star zaman kita la (Propaganda barat untuk terus buat aku lalai oh yeah!) Haha.

Citer ni sebenarnya dah premiered kat Regency Village Theater kat Westwood, California pada 20 Julai 2010 lagi (Summer showing). Oktober baru kuar kat Malaysia (Autumn). Aih, lambatnya. Tapi whatever a. Bile aku download citer ni, aku akan diabadikannya dalam stok movie aku dalam kategori ‘Phixi + Phantashii’ (bagi sapa yang penah godek external hard-disk aku, tau la haha). Hah, tu je lah. Aku harap korang try tengok ah dulu, pastu leh komen skit kat aku ke. Aku tak dak hal kalu korang nak bantai aku balik, bantai a. tak kesah pun. Huhu. Bagi yang terlepas tayangan Malaysia (atau yang memang malas nak bayar RM6 dan nak download je), release DVD dan BluRay movie ni adalah pada 9 November. So leh start cari torrent after tarikh tu ye. Haha. Baiklah ciao~

Friday, August 20, 2010

KAEDAH PEMBACAAN BAHASA ARAB (KPBA) : MANHAJ IZLANI



Asssalamualaikum. Apa khabar? Hari ni nak cerita pasal aku (well, it’s always about me hehe). Aku ni dah bercuti dekat 4 bulan dah. Seronok tu memang seronok. tapi sebab dah 13 tahun belajar, maka naluri mencari ilmu dan mengkaji sesuatu perkara itu tidak pernah luntur. Walaupun aku duduk rumah je, tapi aku belajar banyak perkara. Contohnya dalam bidang sains sosial aku belajar sejarah Balkan pengkhususan dalam perang Bosnia dan Kosovo, isu etnik di Uzbekistan, sejarah Perang Salib, sejarah masyarakat Hui di China, sejarah kuno Korea dan sebagainya.

Dalam bidang geografi aku belajar peta geografi negeri-negeri Amerika Syarikat dan menghafal nama setiap negeri tu sebab aku bercita-cita nak berkelana ke setiap 50 negeri dan 1 daerah pentadbiran di situ, mengembara ikut jalan raya la, baru shiok!. Dalam bidang linguistik, kebosanan duduk di rumah telah menggalakkan aku belajar cakap bahasa Yahudi. Ini memang bosan tahap cipan punya. Haha. Muzik? Aku sambung belajar main piano selepas ambil ko-kurikulum Orkestra semester lepas. Macam-macam lagu aku belajar, dari klasikal zaman Beethoven sampai la ke lagu moden Wali Band.

Sebenarnya aku teringin sangat nak sambung Master dalam bidang Tenaga Keterbaharuan (Renewable Energy) tapi belum ada rezeki lagi. Maka aku baca-baca je la, ambil berkat. Dalam keseronokan bercuti tu, agama tidak dilupakan. Belajar la baca-baca Quran sikit, study Hadith-Hadith Sahih. Sambil tu ambil tahu jugak agama orang e.g. Judaism dan termasuklah Christianity. Tapi tak mahu cerita banyak la. Sensitip. Huhu.

So sambil-sambil aku study benda-benda ni, aku buat kajian bebas (maknanya tiada penyelia, tiada laporan, tiada deadline, tiada markah dan yang paling penting, tiada Gred! Haha) mengenai bahasa Melayu. Sedar tak, dalam bahasa Melayu ini banyak perkataan pinjaman. Dari bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab, bahasa Inggeris (ni toksah cerita la) malah bahasa Portugis pun ada. Aku rasa perkara ini berlaku sebab dulu zaman kesultanan dulu-dulu kan ramai pedagang dari serata dunia datang berdagang. Bila diorang bawak barang-barang tu orang melayu tak tahu apa nama, maka dia cakap la ikut bahasa dia. Lepas tu terus melekat. Haa…contohnya la, perkataan kereta. Datangnya dari bahasa Portugis carreta. Perkataan bisul aku rasa dari bahasa Hokkien Bisoi. Ha, banyak lagi la. Cuba la rujuk DBP sendiri. Dah besar kan..

Anyway, apa yang aku nak cerita kat sini ialah berkenaan kajian bebas aku tu. Alhamdullillah, dah siap pun. Aku rasa ia tak perfect lagi, so nak tengok apa pendapat orang. Aku tak nak la buat benda syok sendiri. Haha.. memperkenalkan, KAEDAH PEMBACAAN BAHASA ARAB ciptaan aku! Shortform die KPBA la. Sebenarnya kaedah nak baca bahasa arab/jawi ni ada banyak je di dunia ni,cuma aku rasa ia tak sesuai sangat nak di-implement-kan dalam bahasa kegunaan hari-hari kita sekarang. So kaedah yang aku cipta ini dipanggil Manhaj (kaedah) Izlani (Tutup mulut, jangan gelak! Or maybe kalian dah gelak masa tengok tajuk lagi. K fine whatever..). Kisahnya bermula macam ni: pernah tak kalian baca surat khabar ke atau tengok tv ke, dia tulis bahasa asal dari bahasa arab yang susah nak sebut atau tak pasti nak sebut macamana? Contohnya mithali, Fadzilat. Ha, perkataan Fadzilat ni ada orang sebut Fadhilat ada orang sebut Fadzilat. Tak tahu nak sebut macamana kan? Tapi yang paling penting, adakah kita sebut ia dengan betul sepertimana perkataan sebenar dia? Ha, persoalan-persoalan ini la yang aku cuba jawab dalam kaedah ini. Susah sangat nak cerita, korang tengok je printscreen dari kertas kerja aku ni. Ni edisi pertama atau pilot test, tengok apa pendapat kalian. Sila la beri pandangan atau kritikan. Aku tidak kisah. Apa-apa je. Hehe~













Monday, August 16, 2010

Wallpaper Chelsea siap ade fixtures 1 season full lagi. Superb!

Especially for GEMUK-ers or sape2 la yang kebetulan singgah dan berminat nak pao. sila la pao...
Terdapat dalam dua variasi:

1280 x 1024


1440 x 900


Ni versi official dari chelsea FC oh yeah!

Sunday, August 1, 2010

Siren's Eye - Falling



Hah, aku siap taip sendiri lirik die. bukan senang woh. ayatnye susa nak tangkap. English tahap karma punya. haha...tak mungkin aku copy paste. cube la korang cari lirik die kat google ke mane-mane. takkan jumpe. aku je yang ada..haa~

Falling
Siren's Eye

all that time spent loving you without an introduction
call me and see that carrying for you is my only function
and i know that you are never take this word and part them to use
but you have to plea with me one second more
i'll be i'll be i'll be...

falling
im falling into you
in this case with no line
im dying
im crying over you
in this case with no line
simply the same simply supple into sod all in sort of way
in this case with no line
im dying
im crying over you


i loved it when you call out my name in the middle of the night
i still dont know if those (i can't catch this part. help me!) would make me hold you so tight
and i know that you are never take this word and part them to use
but you have to plea with me one second more
i'll be i'll be i'll be i'll bee...

falling
im falling into you
in this case with no line
im dying
im crying over you
in this case with no line
simply the same simply supple into sod all in sort of way
in this case with no line
im dying
im crying over you

uuu...its not easy
uuu...with someone
to be with someone
its not easy
to be with someone
like you

im falling
im falling into you
in this case with no line
im dying
im crying over you
in this case with no line

im falling
im falling into you
in this case with no line
im dying
im crying over you

im falling
im falling into you
in this case with no line
im dying
im crying over you
in this case with no line
simply the same simply supple into sod all in sort of way

im dying
im crying over you
no!

Saturday, February 27, 2010

Resipi membuat Kimchi: Korean Tradition. Malaysian style...

HUH, lame dah tak update blog ni..dah 3 bulan jugak ah...maka atas permintaan ramai khususnya peminat saya (thanks so much xoxo!), saya hantar satu blog khusus untuku semua yang gemarkan apa-apa saja mengenai korea, iaitu resipi membuat kimchi! Ya, sayur yang kelihatan lazat jika anda rajin menonton drama/filem korea! hihi~

KIMCHI Malaysian style



PROCESS 1: PEMERAMAN

Napa cabbage (Kobis cina)
sea salt (Garam laut, tapi garam iodinized pun xkesah)
large bowl (kalau kobis cina yang digunakan tu besa, maka mangkuk mestilah SANGAT besar k)
dinner plate
weigh-er (can, brick, anything heavy)

Penyediaan:
1.Napa cabbage kasi potong large bite-size.
2.letak satu layer napa cabbage dalam large bowl. tabur garam sikit.
3.buat layer napa cabbage dan garam lagi. ulang ulang ulang.
4.Now, untuk langkah seterusnya saya cadangkan tiga jenis method (pilih 1 saja):

->Method 1: Rendam
1.taruk air dalam bowl tu, biar semua sayur tenggelam.
2.guna dinner plate buat tutup large bowl. pastikan napa cabbage tu mampat.
3.guna weigh-er untuk compress napa cabbage tadi itu.
4.letak dalam peti sejuk barang 3-4jam.
(Tempoh masa: 3-4 jam)

->Method 2: Biarkan saja
1.guna dinner plate buat tutup large bowl. pastikan napa cabbage tu mampat.
2.guna weigh-er untuk compress napa cabbage tadi itu.
3.letak dalam peti sejuk semalaman.
(Tempoh masa: 12 jam)

->Method 3: Kukus
1.Gaulkan kobis tadi tu, dan masukkan dalam pengukus. Stay barang 4-5 minit, pastu keluarkan dari pengukus dan taruk tepi.
(Tempoh masa: 5 minit!)

Nota penulis: bagi saya, lebih molek bagi kita orang melayu buat method ketiga itu kerana selaras dengan etika memasak orang melayu serta rasa sesuai di tekak. Walaubagaimanapun, jika anda ingin merasakan kimchi korea yang autentik, maka method 1 atau 2 sudah memadai.



PROCESS 2: Pemasakan

1 sudu meja (sudu besar) bawang putih dicincang hancur luluh.
1 sudu meja (sudu besar) halia muda dicincang hancur luluh.
beberapa rumpun daun bawang, dipotong jadi bulat-bulat.
3-4 biji cili merah, dipotong halus (ikut suka nak banyak mana).
Helaian halus lobak (jika suka).
Serbuk cili (letak biar ber-agak, test taruk sikit. nak pedas, taruk lebih. nak kurang pedas, taruk sikit).
1.5 hingga 2 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Perasa tambahan secukup rasa


1.Hasil PROCESS 1 dibuang air yang bertakung di dalam mangkuk dulu.
2.Kobis itu dibasuh dengan air sejuk yang mengalir.
3.Tapis dan shake2 sikit kasi air jatuh.
4.masukkan kobis dalam mangkuk tadi.
5.masukkan bawang putih, halia, daun bawang, cili merah, serbuk cili, lobak.
6.jangan lupa masukkan sugar dan ajinomoto tapi jangan banyak sangat. agak-agak la.
7.Gaulkan semua itu biar sebati. (Try la sikit samada cukup pedas x, kurang pedas ke. then tambah la apa-apa yang patut. Sedap? Maka terus ke langkah seterusnya).
8.sekarang, masukkan hasil gaulan tadi dalam bekas kaca yang disteril.
9.berikan tekanan yang maksimum semasa memampat kimchi dalam jar itu.
10.biarkan ada sekurangnya 2 inci ruang dari mulut jar.
11.tuangkan air gaulan yang lebih itu dalam jar.
12.tutup dan simpanlah dalam peti sejuk (tak digalakkan simpan lama)


LANGKAH BERJAGA-JAGA:

Bagi process 2 langkah 7, pakailah sarung tangan plastik. nanti tangan anda pedas.

Process 2 langkah 12, takut simpan lama kerana makanan ini belum diuji oleh JAKIM lagi akan ketahanan lamanya.


PROCESS 3: Aplikasi

Hasil kimchi boleh dibuat:
1.sayur makan begitu sahaja atau dengan nasi panas-panas.
2.nak kasi ada perasaan melayu, goreng sahaja dengan minyak. macam biasa.
3.buat sup. reneh dengan air, tambah perisa sedikit ke. pastu makan dengan mee.wow!
4.karipap inti kimchi.
5.pau inti kimchi.
6.sandwich kimchi pun boleh juga.

LANGKAH BERJAGA-JAGA:

semasa mengambil kimchi dari jar, guna alatan (sudu etc) yang bersih. ini bagi memastikan ketahanan lamanya. boleh tahan sehingga sebulan lamanya.


Penulis disini memberi amaran keras kepada pembaca, berhati-hatilah semasa memasak. nanti terpotong jari, susah juga. Jangan la bubuh benda pelik-pelik, you are what you eat. Penulis merasakan, lebih baik kita masaka kimchi tu macam biasa, dengan api, etc. Dengan ini, kita tidaklah berasa was-was sangat. Ok? Selamat mencuba!

P/s: mari join group facebook saya, special untuk peminat anything korea!

http://www.facebook.com/group.php?gid=324428542889

Saturday, November 7, 2009

My God...dah lama gila aku tak sentuh blog...

Ha, macam tu la tajuk blog kali ni, dan memang betul sangat la tu..dah 5 bulan aku tak update blog aku...bapak lama siot...ye la, aku busy dengan klas, so tak de mase nak update blog...tambah lak dengan wifi yang asyik takde kat blog, lagi la malas nak update..huhu...so post kali ni nak cite pasal gambar google yang salu tuka2, kalu korang prasan bile korang bukak google.com. aku memang suke gile kumpul gambar2 tu...these are some of my collections:


[yang ni sempena harijadi Nikola Tesla, engineer terkenal. kalu korang study physics, mende2 yang ade nama tesla tu sume die punye keje la tu..]


[ni lak sempena hari jadi Igor Stravinsky, pemain muzik rusia terkenal (kot) huhu]


[ni sempena hujan meteor Perseid..sangat lawa..]


[sempena besday Hans Christian Ørsted, ahli fizik dan ahli kimia dari denmark..field yang bwat die terkenal ialah elektromagnetisme..]


[ha..yg ni kalu korang tak kenal, tak tao la nak cakap pe...huhu]


[ha ni stok2 paling latest aku, sempena ulangtahun ke-40 sesame street!!]

Thursday, July 9, 2009

Lirik lagu indie band Couple untuk album Teenage Disc Fantastic! bahagian 2

Couple - Gonna Getchoo

Girl, you're on my mind
So fine, I'm gonna getchoo
Love you all the time
That's why I'm gonna getchoo
Yeah...I'm gonna make you mine

On my mind (baby,baby on my mind)
I just can't forget you girl (forget, forget)

All the time (baby, baby all the time)
I don't need nobody new...ooh!!

Girl, you're on my mind...



Couple - Gurl Stop It Now

Gurl, you gotta stop it now
(You gotta stop it now)

Don't forget what you put me through
Do you think I'd go back to you?
Don't forget what you put me through



Couple - Hey Now!

You know it's time to pick it up
It's time we both start running

It's not time to pack it up

The adventure's the just beginning

Hey now, Hey now!

Friday, July 3, 2009

Lirik lagu indie band Couple untuk album Teenage Disc Fantastic! bahagian 1

helo~ ini la lirik lagu album terbaru couple iaitu Teenage Disc Fantastic. sebelum ni, susa gile aku mncari lirik diorangl. maka aku mengambil inisiatif untuk menaip sendiri lirik mereka dan dikongsi kepada kalian~!

C'mon Operator

C'mon Operator
Dance all night
C'mon Operator
You know your right
C'mon Operator
Dance with me tonight

C'mon Operator
Make this right
C'mon Operator
Don't be uptight
C'mon Operator
Dance with me tonight

You gotta shake it, gotta shake the floor down
Dance all night
Dance all night
You gotta shake it, gotta shake the floor down
Shake it baby, shake it baby


Couple - Diri Kau

Apa jadi dengan diri kau?
Yang dulu tersenyum
Dan kini tersenyum

Apa jadi dengan diri kau?
Berhenti tersenyum
Tak henti termenung

Apakah mungkin kembali
Saat manis dengan diri kau


Couple - Get Over You

Girl it's true
I'll get over you (X2)
It's just the worng time
To make you mine
Yes it's true

I just wish i could've met you yesterday
Back when there was no one standing in my way

Now I know you should be true
But I can't get over you

Sunday, June 28, 2009

Kisah Siang + Malam 27 JUN 2009

27 Jun- Hari yang mesti diingat sampai bila-bila. Bukan sebab satu perkara je yang berlaku dalam hidupku, tapi banyak perkara. Oleh sebab terlalu banyak yang nak diceritakan, maka aku bahagikan kepada dua bahagian iaitu kisah siang dan kisah malam.

Kisah siang - ‘Long-lost friend, friends again’


Aku bertemu sahabat lama yang sangat lama tak diketemui, Izzul Syazani. Bayangkan, kali terakhir berjumpa selepas UPSR iaitu pada tahun 2000. Kemudian, tahun ini iaitu tahun 2009 baru ketemu semula. 9 tahun lamanya tu. Sangat lama tau. First aku jumpe die, bukan di dunia nyata tetapi di dunia maya: Facebook atau Kitabul Wajhah.dia add aku atau aku add dia, aku pun tak tak ingat. Tapi ianya pada 26 Jun la. Masa itu aku tengah kerja. Aku baru berazam tak nak main saja, nak buat kerja la kononnya. Sekali datang mamat ni, habis plan aku. Hahaha~

Pada hari itu, kitorang (dan kawan2 sekolah rendah yang lain) menggila facebook. Kerja tak jalan, hancus. FB memanjang, sampai la ke petang, waktu check-out office. Si Jiemot kata nak wat reunion hari sabtu (27 Jun) pastu cancel pula. Aisey…huh, takpelah. So, masa FB tu aku pao la nombor hp kawan2 ni. Malam tu, aku msj2 la dengan Izzul (ade la jugak si jiemot tapi sikit je.) Huhu~

Hari sabtu itu, tibe-tibe Izzul ajak maen baoling kat alamanda, despite of his unstable health condition (Cough! Cough!). Hmm…ok jugak, sebab aku nak jumpe sangat dia ni. We were once best friend kat sekolah. Tapi memori2 lama tu aku tal dapat nak recall balik. Sakit kepala aku mengorek kotak memori dalam otakku. Huh.Pastu kitorang confirm la nak gi kul 3pm. (Jiemot nak ikut tapi aku x bagi. Demi keselamatan dan kehormatan die jugak. Nanti la kite wat reunion ramai2 k. huhu~) Ok, kul 3pm. Pagi tu aku follow ibuku gi sain report card adik2 aku kat sekolah. Precinct 14 (xnak citer result. =p). Aku pun siap2 la pagi tu, pakai baju lawa2. Gi sekolah la katakan, mesti banyak budak2. ^ ^

Mase sampai sekolah tu, aku pun follow la mak aku jalan ke kelas adik aku dengan gaya yang macho (perlu ke gaya macho? Huh~). Mase jalan melewati kelas2 orang kat situ, ade la jugak budak2 dan ibubapa yang pandang slack kat aku. Ye la, gaya pakaian dan rambut serupa orang delinquent, memang la orang usya pelik. Duh tul sape yang wat kejadah ni. Pastu naik tangga nak gi kelas tu, sampai je kat tingkat berkenaan, jumpe sepupu aku menyengal kat situ. Tapi ade orang kat belakang die yang agak aneh2 je dilihat. Aku jalan je la, lama2 aku tao sape orang tu. Rupanya Izzul la! Dah ditakdirkan Allah nak kasi aku jumpe die lebih awal dari yang sepatutnya. Terima je lah. Alhamdulillah. Rupenye die tunggu mak die amek report card gak. Kitorang pun borak2 la kan. Rasa amat janggal sebab aku memang camni, jumpe orang yang aku lama tak jumpe, maka akan rasa aneh la. Huhu~That’s me!

Kul 3pm jalan2 la kami kat alamanda. Tak jadi maen baoling sebab ade tournament yang macam tak berpenamat, semua tak nak ngaku kalah. Maka kami makan mcD, dan jalan2 pusing2 sambil borak2. Maka terbongkar la semua yang patut dibongkar. Hahaha~

Aku sangat eager nak jumpa dia sebab aku ni suka perhati manusia (sebab aku minat antropologi). Aku nak tengok la ape beza die dulu dan sekarang. Ape yang aku leh cakap, die tak banayk berubah la, more or less the same:

• Hidung die mancung macam dulu lagi. Hahaha~

• Dulu die pakai spectacles, sekarang kata dia, dia pakai waktu nak membaca je. So factor ni agak buat rasa pelik la.

• Rambut die….hmm..macam dulu jugak kot (dulu suke pakai songkok so dah tak ingat sangat. Tapi rambut die lurus dan lebat! Very very impressed! (Boleh dididik untuk menjadi seorang model! LMFAO)

• Setiap pertuturannya itu penuh dengan isi, die tak cakap kosong atau rapu macam aku. Juga penuh dengan istilah-istilah jarang dengar. There were a lot of English word traces in his words. Macam power speaking je die ni.

• Satu perkara yang aku kelakakan: masa die tulis nama die kat waiting list baoling, aku perasan tulisan die langsung tak berubah! Bile tengok tu, rasa familiar je, rasa biasa tengok je. Perkara ini aku leh takrifkan sebagai satu perasaan yang aku pernah alami, tetapi sudah hilang buat sekian lamanya, sekarang muncul kembali. Ibarat pepatah melayu, telefon pulang ke gagang.

• Bile aku citer kat die yang aku sedang baca buku pasal ya'juj dan ma'juj, tibe2 die cakap yang dulu aku penah bagi die pinjam buku brkenaan ya'juj dan ma'juj jugak, dulu2 zaman skola la. yg menganehkan disini, prkara ini mnunjukkan yg aku ni dh minat dlm pengkajian sejarah zaman semit sejak kecik lagi la! hua~tak pernah trpikir lak kan~ yela, kalu dah dipanggil BAKAT, dari kecik boleh dinampak, btol x? macam siti nurhaliza, dari kecik die pandai nyanyi, sampai besa suara masih sedap lagi. aku pun pandai jugak nyanyi tapi tak nak mention la kat sini. hahaha~

• Lagi satu, bile ada sesuatu yang die tak tahu, die straight je cakap die tak tahu. Rendah diri je nampak. Terkejut aku bila die bertanya macam tu, rasa macam aku ni penting je. Haha~

• Ha lagi satu yang pelik, die suke sangat sebut nama aku full2. Rasa janggal, sebab selalu orang panggil lan, ian, hensem, macho dsb (= p) tapi die cakap nama penuh. Janggal, janggal…tapi janggal yang best lah. Haha~

Selain itu, aku juga dapat spot beberapa persamaan yang mengujakan amat, juga kontra la. Persamaan:

• Kami suka band Couple!!! Aku sangat tergezut bila dapat tau yang die juga minat band indie Malaysia iaitu Couple. Sebab dikalangan kawan-kawan aku, yang aku tahu, aku sorang je minat Couple. Bagi aku, peminat Couple ni susah nak cari. Bukan saja kipas susah mati, tapi juga kipas susah cari! Tapi kipas ni rupenya die! Huhu~sangat heppy~ satu lagu band Couple yang leh describe us ialah Hey Now! Manakala lagu yang menerangkan tentang diri aku yang aku baru sedari ialah Diri Kau…



• Masa makan kat mcD tu (aku tak makan sebab baru lepas makan nasi 2 pinggan), sebelum die menikmati Big Mac© die, die ambik gamba Big Mac© die. Aku tergezut! Tapi aku buat biasa seraya bertanya “kenapa kau ambik gamba Big Mac©?” aku ni sebenarnya suka sangat ambik gamba makanan (tengok saja blogku, sarat dengan foto makanan) tapi sengaja aku tanya die sebab aku nak dengar jawapan die. Die jawab “sebab aku suka ambik gamba makanan” dan kemudian die menjelaskan sepanjang-panjangnya macam nak buat tesis. Tapi jawapan die yang pendek itu sudah cukup buat aku tersenyum: mamat ni ade hobi aneh! Aneh tapi sejibik dengan hobi kegemaran aku! ^^



• Masa jalan2, die tanya aku suke baca novel ape. Aku jawab fantasi. Harry Potter. LOTR. Rupenye die pun suke. Eventhough perkara ini common dalam kebanyakan orang (sebab pengaruhnya seluruh dunia) but there is something special about it. Hmmm… <,<



• Kami juga suka melawat kedai buku seperti MPH tu. We are truly knowledge lovers~


• Pengguna Celcom Broadband Prepaid yang selalu top-up untuk maen internet seminggu RM20. Hahaha~


• When we talk about night outing, die berpendirian tak suke keluar malam. Wah~ same lagi. Aku tak berapa selesa la nak keluar malam-malam, sorang2 atau dengan kawan ke. Kalau dengan family, tak rasa sangat.
Die pun same. ^ ^

• Isu dah kapel ke lom: aku tanye die soklan2 yang mengunjur kepada persoalan ini. Jawapan die, die tak mempunyai niat nak ‘ade’ lagi. Same la, aku nak konsentrate study dulu. Bertambah ahli kelab single aku. Presidennye skang study kat india. {Radzi Hamzah}

• Kelihatannya die suka bercakap isu academia atau future prospect lah, nak jadi ape, et cetera. Bagus la budak ni! Hiu2~

• Dia kata, kalu jalan-jalan waktu siang, dia tak suka balik lewat. Kul 5 camtu die dah nak balik. Same la dengan aku, balik sebelum waktu puncak. Tak caya, cube tanye kawan-kawan yang aku pernah keluar jalan dengan. Aku salu nak balik awal.

• Masa sebelum jumpe tu, aku berfikir: antara aku dengan dia, sape lagi tinggi? Masa dulu-dulu, die lagi tinggi dari aku. Aku pendek je. Huhu~ masa jumpe tu aku mendapati tinggi kami lebih kurang je skang! Wahaha~

• Dalam bidang muzik, aku mengatakan aku minat alat muzik dram. Die pun sama~ Wakaka this is so damn funny~


Now kite usya ape kontra kitorang plak eh:

• Die peminat Liverpool FC (Boo~!) Chelsea dengan Liverpool tak kawan,ok~ hehe =p


• Die suke adventur, panjat2 gunung, stuff like that. Aku? Sori la, lain tahun la ajak. Haha~ (bukan aku tak suka, aku rasa ianya best, sounds sangat fun. Tapi it is something yang belum aku nak buat kot.huhu~)


• Die sangat talkative, I can see that. In the contrary, aku ni pendiam. Tak pandai nak borak2. Die ade mention, kata aku ni dah tak talkative macam dulu. Aku terkejut, dulu aku talkative ke? Hmm, maybe sebab zaman sekola menenga dulu yang buat aku jadi pendiam kot. Wallahua’lam.

• He has lotsa idea. I mean A LOT. He can talk almost anything. Me on the other hand, hanya mendengar dan mengangguk saja. Huu~ <.< ;;

• Die tahu apa yang die cakap. Nampak yakin dan bersemangat. Maybe die join debate club kot. Haha~ we’ll see what he’ll say about this.

• Hmm…my assumption is, maybe la, die tak minat fesyen kot.huhu~sorry kalu salah. Aku ni gile shopping and fashion. Tengok saja kisah malam. Tahu lah korang. X D


• Aku kuat makan tapi die tak kuat makan. Makan Big Mac© pun die cakap dah kenyang. Aiyo~ mana cukup maa…satu Big Mac© saje. But who cares~

Well, same ke tak same, it doesn’t matter. It’s a gift from God. I will just accept it, seadanya. Maybe Allah nak ajar aku benda2 yang aku tak belajar lagi tentang dunia ini. I can feel it, I think…huhu~

Sebagai penutup, diulangi semula intisari penting (ingat radio ke?) Haha~ok fokus2. Die ni seseorang yang aku tak nak kehilangan lagi lepas ni. Ini lah first time aku rasa sure terhadap diri sendiri (even mase shopping pun aku salu tak dapat confirm nak beli which one). Wah, boleh lah jadi core idea untuk aku karang novel. Hahaha~. Sudah lah, dah panjang sangat ni. Akhir kata, semoga takde sesiapa yang ambik hati dengan ape yang aku ngarut ni. Kalu ade sesiapa yang ambik hati, tolong pulangkan baliklah, sebab hati tu aku punye. Hahaha~ ok let’s go to the night story!




Kisah Malam – TOFFING! (sepupu aku cakap Shopping jadi camnila! Haha~)

Petang tu, tibe2 ayah call nak gi KLCC! Yay~ katanya nak beli barang aku b4 balik UTM karang. Aku tak terpikir nak beli ape lagi, tapi pegi ajela…nah gamba KLCC!



Mule2 gi Isetan pastu gi Parkson pastu gi Topman. Huh~penat2 (aku citer simple2 je la yeh. Dah ngantuk nak menaip. Haha~) beli la seluar utk gi kelas satu, baju fit satu (saje2 beli) pastu unbelieveably, undies 4 (uh! Malu nak tulis! Tapi ade less baek punya so beli la. Bukan salu. Huhu~ {tapi sebenarnya selalu! Lalala~) dan dapat jugak seluar raya yang dibeli advance. Adik aku bengang je, puase belum, dah sebok nak raya. Huhu~ nah gambar~


[kalu melayu nampak aku pakai bau jepun ni, maot le ak. huhu~]


[poyo!]


[lagi poyo!]

Terpikir jugak, berapa semua yang dibelanjai malam ni. Kira punya kira punya kira, jumlahnya RM4xx! (tak nak bagitau nilai sebenar, dan tak nak pecahkan kepada nilai setiap satu! Malu! Hahahahaha~)
Beginilah gilanya aku. Sorilah kepada sesiapa yang culture shock, tak berniat nak kejutkan kalian.no wonder la aku ni pelik. Huhu~ tapi ade je orang yang nak kawan dengan aku walaupun aku pelik. Sebab tu kalian baca cerita ni. Haha~ thanx sebab berkawan dengan aku yang pelik ni~ huhu~ see you next post ya!
Jis~

P/S: Masa shopping kat Topman tu, aku mendaftar diri untuk dapat kad member club die! Shopping kat any Topman, Topshop, Miss Selfridge and Dorothy Perkins di seluruh Malaysia akan layak dapat additional 10% diskaun! Suka tak kalian? Nak join venture gi shopping murah2? Bole saje! Just tell me ok~ ♥
^^