Wednesday, June 3, 2009

Islam masih agama terbaik dunia

Kenapa saya cakap macam ni? haha..ini kerana, saya terbaca kat muka surat depan surat khabar UTUSAN MALAYSIA (Malaysian Messenger) hari ini bertajuk 'Pencuri dapat sedekah AS$40'. tak sangka, baik gile encik Muhammad Sohail tu. meh la aku cite skit ape yang berlaku. encik Sohail ni cashier kat satu kedai serbaneka kat Long Island, NY. pastu satu malam tu,ade perampok datang nak rompak kodai die. pastu die berjaya mengacukan raifal die terhadap penjinayah berkenaan. penjinayah tu takkut sangat dan menangis serta merayu "saya takde duit, saya xde makanan, saya xde kerja nak tanggung keluarga saya" pastu en. sohail ni bagi USD40 dan sebuku roti kat orang tu dan berkata "jangan merampok lagi tau" seraya melepaskan penjinayah terbabit.

Aku pun terpesona dengan kebaikan encik sohail. kat artikel tu ade bagi alamat laman sesawang yang ade video survilans (surveillance video) kodai tu, iaitu www.newsday.com. aku pun gi la check, nak tengok video tu. malangnya xleh nak load video sebab kena block (siot tul). korang kalau nak tengok, gi la kat laman bebawang sesawang tu.

pastu kan, adela die buat satu poll untuk pembaca laman itu bersoalan "Would you have forgiven the robber?" adakah anda akan memaafkan penjinayah itu? didapati 60.6% memilih untuk mendakwa penjinayah tersebut, manakala 39.4% yang lain memillih untuk melepaskan saja dia. keseluruhan responden adalah 1795 responden termasuk aku. hal ini menunjukkan bahawa ramai lagi orang yang kejam kat sanun dan hanya sikit orang sahaja yang berjiwa seperti encik sohail. islam mengajarkan umatnya berbuat baik kepada manusia sejagat, dan itula yang encik sohail buat. baik gile encik sohail. tahnia! tahnia!


[Nila gambar encik sohail tu. gambar ni bukan aku punye. gambar ni James Carbone yang punye.]

No comments:

Post a Comment